Friday, December 31, 2010

Journey of 2010

31/12/2010 is the last day of year 2010. Aku dah set awal2 entry ni to be published at 11.59 pm. Hehe.. A lot of things happened within these 366 days. To be exact 365 and 1/4 days. Happy. Sorrow. Frustration. Disappointment. Joy. Laughter. Tears.

One more year added to my biological age. More matured, perhaps. More serious about life and future. More serious about the value in Myabank2u. Hehe.. More concern about beauty and health. More appreaciate friendship during school and campus life. More sensitive about the wonderful, beautiful and cheerful moments I've been through for this whole one year. Yes, i do miss my life in UM. I always adore UM and without i realized i was so into it and was so bonded with UM. It was once-in-a-lifetime-journey and i couldn't get anything like that in any place in this world. It was such a priceless experience.

Okay, lets recap things that happened throughout this year.

January 2010:
- I have started my last semester in UM. Finally, after 3 and a half years struggling (konon2 je T__T), the time has come. Time to say goodbye to best buddies, course mates, lecturers, faculty, library (well, most of my visit to library was just for facebooking. Teheee), faculty, cafe etc...
- Well, nothing much for the first month. Some of students under KPM scholarship were in hard situation because no allowance till end of February. So, life was dull back then. No shopping. No chill out. Study and focus. Wah, sangat bagus kan. Haha~

February 2010 :
- We have short course on ' how to handle an interview' . So, majority of my coursemates attended this short course. It was like mini gathering before convocation. It's not that easy to gather all 150 science of education mates okay~
- Hujung bulan February, kami dapat elaun. So, shopping sakan. Kebetulan masa tu JJ card day tak silap, so, banyaklah hasil 'tangkapan'. Hemo hemo~
- Dalam bulan ni jugak, aku pergi main bowling pakai skirt buat kali pertama. Rasanya , aku orang pertama gak yang buat macam tu. Tehee.. Masa tu tak plan pun nak pergi main bowling. Plan asalnya nak tengok wayang kat The Mines. Sampai sana, tak ada cerita best. So, they decided nak main bowling. Sebagai minority party, aku terpaksa menurut dalam terpaksa. Tapi kalau ingat balik, kelakar gaklah kenangan tu. Sekali sekala buang tabiat, apa salahnya kan ;p

Saya sangat suka ini gambar !

March 2010:

- The most interesting thing which happened in March was our day out with Fiona, one of my best buddy in UM. Seriously, that was the first time ever Fiona agreed to chill out with us. Okay, to be exact second time though. Year 2009 was the first time but i couldn't join them (RT, fiona and shamira) . They went to KFC near UM. That's it. Such a boring day out eh? Well, you couldn't expect much from Fiona. That was good enough okay. But, if you ask Fiona any academical questions (any subject okay), she won't disappoint you. Trust me . She is a walking encyclopedia !

Kali ni RT tak join kitaorang.

- Bulan March ni jugak, aku sempat menghabiskan masa berpanas-panasan di Putrajaya for Hot Air Ballon festival. Tak sempat nak naik hot air ballon tu cuz line punyalah panjang. So, ended up pusing2 putrajaya and tengok orang naik belon.



April 2010 :

- Okay, bulan ni adalah bulan terakhir untuk attend lectures, pergi test and bulan ni gaklah my very last exam in UM. Quite a lot of things happened in April . Tengah bulan April, ada bengkel LM (Latihan Mengajar). Masa ni, aku and RT (my partner in crime) buat kali pertama jumpa our supervisor for LM, Dr sam. Kemudian ada few lecturers yang bagi nasihat dan tips untuk pergi mengajar di sekolah buat kali pertama. Aku enjoy attend bengkel ni cuz masa tu rasa excited je nak pergi mengajar. Tapi of course, nervous pun ada juga..

Gedik2 bergambar ;p

- Habis je bengkel, aku pergi holiday kat Penang. Ni first time mai Penang. Teruja okay. Padahal masa tu study week. Enjoy tak hengat. Hehe.. Seronok giler masa kat Penang. Banyak aktiviti yang aku buat and semua FREE. Yes, you heard me right babes. FREE . Ok, jom list down benda apa yang aku dapat free kat sana.

* Naik banana boat (sepatutnya kena bayar RM 15/person)
* Parachute (usually kena bayar RM 80 / person)
* Naik kuda (yang ni tak adalah meronda2 pantai dengan kuda. Cuma naik sekejap je. Tapi oklah. First time kot.Jakun. Haaha)
* Masuk taman herba (sepatutnya kena bayar RM 10-15 / person)

Memang bestla bila semua benda2 yang best dapat dilakukan dengan percuma. Puas okay. But don't get me wrong. Aku bukan pergi membodek tauke untuk bagi free okay. Nehi nehi. Tidak sama sekali. Kenapa aku dapat free? Sebabnya ayah kepada kawan aku yang menginvite aku ke Penang ada chalet kat Pantai Batu Feringgi. So, beliau kautim baik punya dengan tauke semua benda kat atas untuk bagi free kat anak dia . So, aku dapat tempias sekali la.. Suke2 =)

Cantik kan view ni ? Kat Pantai Feringgi.

Ni Sofea. Dia memang pandai tunggang kuda. Her hobby kot.

Naik pisang. Yeah !!

I believe i can fly. Serius, best giler ~!

Kat taman apa entah. Tapi cantik taman tu..

Pesanan khidmat masyarakat oleh bukucontengsaya.blogspot.com =)

May 2010 :

- Lepas habis exam, pergi rehatkan minda kat KLCC. Aku and my roomate, Dila pergi Petrosains. best gaklah kat dalam tu. Teringin nak masuk Aquaria tapi tak sempat. Huhu.

Aku suka view ni. KLCC nampak kacak sangat ;p

Dila berebut dengan budak2. Haha~


Taxi2~

- 3 May da start Latihan Mengajar di SMK Seri Pantai. Full entry about my LM ada di sini.

June 2010 :
- Masih bertugas sebagai guru pelatih di SMK Seri Pantai. Click di sini untuk full entry.

July 2010:
- 9 July 2010 adalah hari terakhir di SMK Seri Pantai. Hari ni memang hari yang tak akan aku lupa sampai bila2. My 4Amanah kids threw a farewell party for me. Banyak benda kita buat sama2 on that day. Memang happy sangat dapat kenal and dapat ajar this class. In general, they gave me a good impression about being a teacher and school environment. Semoga ini membantu aku bila mengajar di sekolah yang sebenar nanti. Insha-allah. Semangat ! =)

Ni bekas sekolah Rosyam Nor. Lepas aku habis practical, Rosyam ada datang untuk join program Cergasthon. ceh, tak dapek den nak tengok Rosyam Nor~

- Bulan July ni bulan berulang alik JB-KL. Sebab? Nak uruskan hal2 grad nanti. Tapi dalam bulan ni gak aku dah start my private tuition. Mengajar di rumah students aku. My first student adalah adik beradik staying in Taman Harmonium, dekat JJ Tebrau. So, kadang2 sempatla chill out kat JJ Tebrau after ajar tusyen. Clap clap~

August 2010 :

- 6th of August adalah hari keramat. Selepas 4 tahun , akhirnya aku memegang title as a ' degree holder from UM'. Satu perasaan yang best. Aku kini salah seorang peyumbang bilangan Degree Holder di Malaysia. Dan juga penyumbang golongan penganggur . Haha.. Ala.. bukan menganggur sesuka hati okay. Aku ajar tusyen apa. Lagipun, boleh amek masa ni untuk relax, rehat, spend valuable time with family. Bila dah posting nanti, sure sibuk. So, nilah masanya nak menggedik dengan mak. LOL :D
- Lepas convo, aku stay for 2 days kat KL. Pergi jumpa Cikgu Raja (my BM teacher when i was in form 3) kat Subang, main bowling with my students for the very last time, jumpa my long-time-no-see- friend, pergi tempat berhabitat masa kat UM (12th college), pergi KLCC. Penuh agenda okay sebelum back to JB for good. Macamlah nak balik dr oversea. Haha..
- Bulan Ogos juga untuk kali pertama selepas empat tahun , aku berpuasa penuh di JB. Dapat buka dengan hidangan yang enak. Alhamdulillah atas rezeki mu itu Ya Allah..

With my students kat Mid.

Habitat di UM.

Chill out kat KLCC.

Happy !!

September 2010 :
- Hari raya ! Syukur Alhamdulillah masih sempat beraya utk kesekian kalinya . Entah tahun depan masih berkesempatan lagi atau pun tidak. Seperti biasa, hari raya adalah hari untuk berjumpa sanak saudara and cuti2 dengan family. Kami pergi desaru. 3 kereta. Tapi sebenarnya more than that. Ramai giler yang join. Diorang pergi ikut trip lain2 tapi jumpa kat sana. Picnic kat Desaru and Batu Layar yag happening tapi panas sesangat. Balik dari Desaru, kulit dah macam kena bakar kat oven. Berbulan-bulan sunburn baru hilang. Okay, rasanya taubat tak nak pergi Desaru lagi. Hemo hemo~

Ni kat Desaru. Jom tanamkan diri anda ;p

Adik aku perasan benda ni. Tapi bukan dia yang ukir nama dia sendiri kat pokok. Dia tak ada tangan seni okay. Hemo hemo~
Batu Layar.

- Bulan ni gak ada reunion sekolah rendah. Kami serbu rumah Cikgu Raja Ahmad Fauzi. Masing-masing dah lain. Sekarang dah ayu and kacak2 belaka. Berbeza masa zaman hingusan dolu2. Hehe..

Okay, yang ni bukan dari album aku. Cilok from my friend's. Dia dah edit cantek2.

Oktober 2010 :
- Pergi Batam. Yeah. Untuk trip to Batam ni pun dah buat special entry. Please click here for the full story.Arigato Gosaimasu~

Jeti Batam. You can go there by ferry. It would take almost 1.5-2 hours.

November 2010 :

- Sibuk nak pergi ujian INSAK. Rajin buat soalan-soalan Insak. Siap beli buku and update myself with current issues walaupun dah tau students under KPM tak ada interview. Just be prepared. Who knows beliau-beliau tetiba nak buat interview untuk kami-kami. Tapi sampai ke sudah, hanya INSAK sahaja. Maka selepas interview, dengan riang hatinya balik rumah. Budak2 yang kena interview pulak kata , interviewer dia sangat sempoi. Contoh soalan, dah ada boipren belum? Agak2 bila nak kawin? And baju yang kawan aku pakai hari tu (dia vogue berbaju kebaya okay) beli kat mana?

p/s : lupa pulak nak posing dulu. kalau tak boleh tunjuk baju kebaya member aku yang very the vogue gituh. Tapi ke'vogue'annya telah dicemari dengan satu insiden kelakar tapi mencemaskan di pagi hari ;p

December 2010 :
- Bulan ni keluar keputusan interview November lepas. Alhamdulillah lulus =)
Tapi tak tahu lagi bila postingnya. Ada banyak hipotesis bila nak posting. So, kena tunggu lagi dengan 'sabariah' T__T
- Tapi dalam kalut-kalut isu posting, semoat gaklah aku mengenjoykan diri pergi honeymoon ke Thailand. Hehe.. Dah buat special entry for this. please Click here for the story of this trip =)

Thursday, December 30, 2010

Thailand : Last episode.

26 Dec 2010 !

Hari ni kami ke 4 islands. The trip started at about 9 a.m. Kami amek trip from Barracuda Agency, a muslim company. Seorang kena bayar 600 baht. Island pertama yang kami singgah is Tup Island. Snorkelling kat sini okay gak tapi ikan tak banyak. Hanya ada tiger fish. Kemudian kami ke Chicken island. Bentuk pulau ni memang macam ayam and snorkelling kat sini lebih mencabar compared to Tup island especially bagi orang2 yang 'handal' berenang cam aku.. Hemo hemo~

Tup island

Tup island

Tup island

Another breath-taking view in Tup island

Chicken island. Snorkelling kat sini best !

After that, kami p Poda island. Berhenti rehat kat sini for almost 2 hours and had lunch there. Ramai Mat and Minah Salleh berjemur kat sini while Malaysian and Thai people berebut2 nak cari tempat teduh. Hehe.. Last sekali kami pergi ke Phranang Cave. The most beautiful island compared to the others.

Poda island

Poda island


Phranang cave. Last stop.


Phranang cave. Alangkah gumbira rasa hati jika dapat melompat seperti mereka ;)


Phranang Cave

Balik dari tour to 4 islands ni around 3p.m. Kami terus sewa motor untuk ronda2 bandar Krabi and Aonang. 200baht/motor. Petang tu, kami mulakan konvoi bermotor ke krabi. Pergi night market kat sana and sempat berposing di one of the temple. Dah puas pusing2, kami balik ke Aonang. Krabi-Aonang ambil masa dalam 30 minit jugalah nak sampai. Malam tu seperti biasa, lepak2 kat pantai Aonang sambil makan dengan seleranya. Tak dilupakan Pancake , menu wajib setiap hari =)

27 Dec 2010 !

Ini hari keempat kami di sini. Since kami dah sewa motor semalam, so ronda2 sekitar kawasan kampung.Masuk kampung2 mereka. pergi tengok orang naik gajah. Pergi Klong Muang beach. Yang pasti enjoy merempit.Hehe..



Tuk2


Ada sesetengah t-shirt tu memang kelakar


Tunggang gajah ;p


Unik kan?


Pukul 3p.m , kami pulangkan balik motor yang disewa semalam. Petang tu, kami ronda Aonang beach for the very last time. Sebab? Esok pagi2 kami dah mulakan perjalanan pulang ke Malaysia. Kak Fidah pergi Thai massage while me and Rehan cuba fish massage. Ala, yang guna ikan untuk bersihkan kaki tu. 150 baht/15 mins tapi abang yang jaga tu kasi percuma dalam 10 mins gaklah.. Mula2 letak kaki dalam tub ikan tu , rasa geli sesangat. Nak2 bila ikan serbu kaki. Geli geleman kot. Tapi lama2 , oklah. Seronok gak. Lepas massage bagai, cari makan. Yeah =)

28 Dec 2010 !

Hari ni pagi2 lagi memulakan perjalanan pulang ke Malaysia. Kami beli tiket semalam untuk ke Hatyai. 350 baht/person. Sampai Hatyai dalam pukul 11 a.m. Kami makan and Kak Fidah sempat shopping kekacang dalam tin. Pukul 12 p.m, naik bas bari JB. Pukul 3.30 a.m sampai JB. Penat? Yes tapi puas and new experience and tambah satu lagi negara yang pernah pergi and tambah cop dalam pasport .. Wehehee ;p

- THE END -

Thailand : Day 2

Home sweet home !!
Sayonara Thailand =(

Alhamdulillah.. After a very long journey , finally i'm at home. 20 hours from Krabi to JB. Phew~
I reached JB at about 3.30 a.m. My father fetched me in JB-Singapore border because the bus was going to Singapore. So, aku kenalah turun kat situ. Nak sambung trip to Singapore pun boleh ;p

Okay, let's continue my journal about my trip in Thailand. 25 Dec 2010 . Ini adalah hari kedua kami di sini. After we had a small discussion, we had decided to go to Krabi. The first plan was to stay in Hatyai for one more day but since there is no more interesting place to explore, it's better for us to leave for Krabi. So, kami beli tiket bas dari tour yang sama semalam. 250 baht/person.

Sebelum pergi, sempat jugalah try oil massage cara Thai. Memang best si amoi tu urut. Rasa ringan je badan lepas massage. Lepas tu, kami singgah pasar pagi. Sempat rasa 'jambu epal'. At first, i thought it was a fresh fruit that i have never seen before tapi rupa-rupanya jambu batu yang dah dijeruk dalam air gula for some time. Kulit dia hijau sesangat and isi manis terlampau. Tapi best juga dapat rasa benda baru. Ye dok?

Lepas pusing2 Hatyailebih kurang, kami pun naik van ke Krabi dalam pukul 1p.m (Waktu Thai). Dalam pukul 6p.m sampai ke Krabi. Bila sampai Krabi, kami decide nak pergi ke Aonang terus because nothing much in Krabi. So, driver tu charge another 100 baht/person. We agreed.

Tapi masa ni ada problem sikit dengan driver. Dia punya agency yang buat si driver and kami pening kepala. Agency dia ingat kami minta bawa ke hotel yang diorang book for us. Padahal kami tak ada cakap pun suruh book hotel. Lepas diterangkan (well, ambil masa juga untuk terangkan sehingga driver tu faham), barulah kami dihantar ke Aonang. Kami plan nak try pergi ke hotel yang dah dibook awal2, which is Titti Guest House. Tapi bila sampai sana, guest house tu dah penuh. Almaklum, season peak. Tapi pemilik Titti Guest House, an Italian married a Thai girl, berbaik hati untuk tolong kami cari hotel yang still available. Kami dibawa ke Luna House, sebelah je dengan Titti Guest House. Nasib baik, ada bilik kosong lagi. 1000baht/room/night. Harga tu actually agak mahal berbanding hari biasa. Memandangkan hari dah malam and pemilik tu berbaik hati bagi extra bed for free, so kami stay in Luna House for one night. Bilik dia memang besar. Selesa. Cuma ada bau sikit cuz bangunan tu bangunan baru. And bilik tu kat bawah tanah and tak ada sistem pengudaraan yang baik. Tapi tak apalah cuz nak stay bilik tu untuk tidur je.

Malam tu kami ronda2 Pantai Aonang. Taklah jauh sangat. dalam 5 mins je from Luna House by Tuk2. Tuk2 kat sini berbeza dengan kat Hatyai cuz yang kat sini adalh motor yang diubah suai so that ramai orang boleh naik. Macam motor penjual jambu kat Malaysia. Boleh imagine kan?
Kat Anonag memang tak rasa macam kat Thai cuz majority orang2 kat situ tourist Mat Salleh. Sekali sekala jumpa tourist Malaysia, Indonesia, Singapore or Japan. The rest is Mat and Minah Salleh.Hehe..

Lepas pusing2 and makan, kami balik hotel. Ready for the next day...

To be continued...

Monday, December 27, 2010

Thailand: Day 1

24 Dec 2010.

Pagi-pagi lagi kami bertiga , dah mulakan langkah pertama ke Siam. Kami naik van di Penang dalam pukul 8.30 a.m. And sampai Hatyai dalam pukul 12.30 p.m. Sampai je Hatyai, terus cari hotel. Finally, kami sampai ke Sakol hotel, near Odean shopping mall. Since kami pergi waktu peak season, so harga hotel mahal sikit compared to waktu low season. 1000baht/night. Lepas simpan barang, terus cari makan. We were starving to death ok. Lepas makan terus naik tuk2, pergi ronda2 Hatyai.

The crowded market. Kat sini boleh gak nampak 'Ba alif ba ya'. Nasib baik tak kembang tekak aku..

Lepas ronda2 dengan tuk2 and kaki, kami balik hotel. Jam baru pukul 1.30 p.m. So, we decided to take half day tour in Songkhla. Kami amek pakej dari Gold travel & Tour yang ada depan Sakol hotel. 350 bahth/person. Kami beli gak tiket cabaret show pukul 8.30 p.m nanti. Ada gak sexy show and tiger show. It's a BIG NO to these 2 shows !

Inilah tuk2.

Tak sampai half an hour, tour guide yang nak bawak kami p Songkhla sampai. A female tour guide. Tapi tak berapa pandai nak kecek omputeh. So, kadang2 macam itik cakap dengan kambing. Hehe~

First stop was Sleeping Budha. Masa tu hujan lebat giler, so kami tak stay lama sangat kat sana. Amek2 gambar lebih kurang lepas tu pergi next destination, which is Tang Kuan Hill top. Nak naik Tang Kuan hilltop kena bayar 30 baht untuk lif. Sampai kat puncak Tang Kuan, kita boleh tengok view Songkhla town. Memang cantik sesangat. Kalau sunset, i bet mesti lovely giler ~!
Dah puas tengok view and posing2, kami gerak ke next stop which is Samila beach. Kat samila beach ni, ada patung Little Mermaid yang jadi tumpuan pelancong. so, sempat gaklah berposing2 kat situ. Kat sini, kami makan kelapa bakar. Sedap !

Sleeping budha.

Tang Kuan Hilltop.

Pesanan khidmat masyarakat dari Tang Kuan hilltop ;p

Then, tour guide kami bawak singgah Songkhla aquarium. Kami tak masuk sebab tiket dia mahai bebenor. 300 baht. Pastu, tempat dia macam tak menarik. Rupa-rupanya tour guide kami cakap kat situ tak banyak ikan. Ceh~


On the way, nak p the last stop which is floating market, kami singgah jap kat Dragon head untuk berposing2 ala Tyra Banks. Ahaks. Lepas tu, terus pecut p Floating market. Mula-mula aku ingat akan ada banyak sampan2 atas air yang jual barang. Sekali tengok , sampan2 ni semua ada kat tebing sungai je. Pastu siap berhias bagai. Semuanya dah tak natural. Hanya untuk attract tourist semata2. Ada ramai peniaga Muslim. So, memang tak susah nak cari makanan halal kat sini. Aku sempat gaklah 'merembat' sehelai skirt. Clap clap.

Little mermaid.

The dragon head.

Pasar terapung @ floating market.

Lepas floating market, kami terus balik hotel. Mandi2 kasi segar untuk next activity, cabaret show. Cabaret show ni sebenarnya show oleh golongan 'akak2'. Macam2 tarian and lagu yang diorang bawak tapi semuanya miming belaka. Siap ada lagu Dikir Rambong Noraniza Idris lagi. Tapi mulut si penyanyi tak sama ngan lagu. Kelakar kot ! Lepas perfomance, boleh amek gambar dengan mereka2 ini. Tapi kena bagi tips. Sekali bagi, semua mintak. Lepas amek gambar 2-3 keping, kami keluar. Kang habis duit bagi tips je. Diorang siap panggil2 lagi 'syayang2'..Tak tidoq malam aku terngiang2 suara mereka2 ini.Hemo hemo~

Cabaret show.

Masa tu dalam pukul 9.30 pm Thai time (10.30 p.m waktu Malaysia), kami decide nak pergi night market. Masa ni kami kena 'sembelih' dengan tuk2. Biasanya naik tuk2 , kena bayar 20-30 baht. Tapi driver tu cekik kami dengan 100 baht seorang. Malas nak cari pasal, kami bagi jelah dengan muka masam. So, pengajaran hari pertama, sila tanya harga sebelum naik. Kat night market, sempat gaklah 'menyambar' sling bag. 200 baht. Kak fidah and rehan shopping agak banyaklah. Untuk anak2 buah. Nasib baik tak ada anak buah lagi. LOL :DD

Lepas, night market, kami carik makan. And lepas tu zZzzzZZZzzzzZZZz. Kepenatan tapi puas =)

To be continued...

Sunday, December 26, 2010

Thailand : Introduction

Sawadikap =)

Currently i'm in Thailand, specifically in Aonang, Krabi. It is my fourth day. And tomorrow, we are going back to our so called beloved country. Clap clap~

Plan nak pergi Thailand ni was a very last minute plan. Lebih kurang seminggu sebelum pergi, baru aku cakap ngan Kak Fidah yang aku nak join trip dia tapi tak confirm because of posting punya hal. And a day before the trip, baru aku call Kak Fidah yang aku confirm pergi. So, malam tu baru kemas barang. Sebenarnya, plan last minute yang selalu menjadi. So, jangan plan.lol ;D

The journey was started in Penang. I met my friend in there. It took almost 12 hours to reach Penang from Johor Bahru by bus. Whoa~
First time naik bas p Penang. Letih bebenor. Nasib bek cek dapat UM, bukan USM. Rasanya tak sanggup nak naik bas lama-lama macam tu selalu T___T

Sampai Penang around 10.30 pm (23rd Dec 2010). My first stop was Traders Hotel, near Komtar(landmark of penang). Tumpang bilik kawan (Kak Fidah) for a night. She is from KL tapi ada meeting kat Penang. That's why trip bermula di Penang. Adik Kak Fidah, Rehan pun join trip to Thailand ni. So, basically, this is 3 girls trip to Siam =)

Semua trip basically kami plan sendiri. Well, it's not 'kami', it's Kak Fidah. Hehe.. Almaklum, Kak Fidah dah biasa travel =)
Bila sampai sempadan kastam Thailand, kita kena bayar RM1 as a tip for the officer and another RM1 to the driver for the form. Masa kat kastam Thailand tu, aku tak bayar cuz dia tak mintak. So, aku buat 'don't know' je. hemo hemo~

Esoknya (24th Dec), we head to Hatyai by van. Tambang RM30/person. Kami gerak dalam pukul 8.30 a.m and reached hatyai around 12.30 p.m. Four hours journey by van. Dalam van yang kami naik tu ada few tourists from Indonesia and a girl from South Africa named Romi. Romi ni dah 2 bulan travelling aroung south east Asia countries. She had been to Laos, Vietnam, and Cambodia before. Respect seh sama girl yang berani travel negara orang sorang2 ~!

Trip bermula di Penang.

Kastam Malaysia. Kat kastam thailand, tak boleh amek gambar.

Sempadan Thailand-Malaysia


Some tips for this trip :-
1) Kalau nak tukar duit, better tukar kat Malaysia because rate lagi bagus compared to Thailand. Kat JB, dapat 9.2, Penang 9.5, kat Changloon dapat 9.55 and kat Aonang, Thailand dapat 8.3. Serius banyak beza. Tapi aku terpaksa gak tukar kat sini cuz duit dah habis ;p

2) Kalau nak drive sendiri p Thailand pun boleh. Isi minyak penuh2 kat Malaysia cuz minyak kat sini sangat mahal okay. Tapi kat sini tak ada tol. Apa yang perlu dibuat if kamu nak drive ke thailand? Cuma bawa gran kereta and isi form and ambil insuran. Kat mana? Tak silap kat kedai makan just before border Malaysia-Thailand bole buat. Untuk keterangan lanjut, sila tanya Pakcik Google >_<>

Anda mungkin juga menchentai ini~