Wednesday, December 8, 2010

Dia Suka Lemang Raya !!

Dia Suka Lemang Raya !

Walaupun selepas raya puasa, walaaupun lemang dah kurang jualannya, dia masih tetap suka. Malah semakin bertambah suka dan telah menjadi kegilaannya kini. Setiap kali buka Inchik Tenet, dia mesti tak melepaskan peluang untuk mencari maklumat tentang kesukaannya itu. Berapa jenis lemang yang ada di dunia, apa kelebihan dan kekurangan setiap satunya, dan di mana boleh dapatkan lemang yang best tapi dengan harga yang murah. Dia sudah menjadi lemang-addict !!

Mungkin tiada siapa yang boleh membantunya untuk menghilangkan ketagihan itu kerana semakin lama perasaan ketagih itu semakin meresap jauh ke dalam sel-sel badan dan neuron-neuron saraf. Semakin dia cuba melupakan ketagihannya itu, semakin kuat keinginnanya terhadap lemang. Parah ! Ya, dia sudah semakin parah !

Yang menjadi masalah sekarang, harga lemang agak mahal ketika ini. Kalau nak diikutkan hati, memang dia mahu rembat je satu kat mana-mana kedai lemang yang ada, tapi masalahnya poket yang tak berapa nak berisi membataskan keinginannya itu. Dia pasrah dalam terpaksa. Tapi, hari-hari dia bertanya khabar tentang Lemang melalui Inchik Tenet dan Inchik Google berkenaan khabarnya di kedai-kedai tempat dia bersemayam. Berkenaan juga harganya yang bila nak turun. Takkan nak tunggu raya tahun depan? Owh, tidak ! Terseksa batin menunggu setahun lagi. Tangannya sudah gatal untuk memegang lemang. Sungguh, dia sudah berada dalam ketagihan yang menggerunkan. Oleh itu, marilah kita sama-sama mendoakan ketagihannya ini sembuh atau pun alternatif yang kedua ialah mendoakan agar harga lemang di pasaran dunia jatuh secara mendadak. Kalaulah kerajaan boleh memberi subsidi untuk pembelian lemang, alangkah bahagianya jiwa raga.

Sebagai kesimpulannya, Dia Suka Lemang Raya !!

P/s 1 : Okay, kali ni entri memang sangat merapu dan merepek. Tapi tak nafikan memang Dia Suka Lemang Raya. Ye, dia sangat suka. Tapi bukan lemang yang guna pulut dan santan masak dalam buluh. Oh, bukan yang itu. Lemang yang dimaksudkan adalah DSLR. Dia Suka Lemang Raya (DSLR). Sudah berminggu-minggu dia menyimpan hasrat untuk memilikinya. Duit tusyen juga sudah diketepikan sedikit dalam tabung DSLR demi mencapai ketagihannya itu. Canon EOS 550D telah menjadi target dan kechentaannya. Mari berangan !! Semoga kemudiannya angan-angan dapat direalisasikan.yeah ~

Owh, kamu sungguh kacak bergaya ;p

p/s 2: Selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam seantero alam semesta =)

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga menchentai ini~