Friday, December 3, 2010

Stress banget !!

Ya Allah, aku mohon agar kau beri ketabahan dan kecekalan hati kepadaku untuk menghadapi segala dugaan-Mu dan semoga apa yang terjadi ini menjadikan aku hamba-Mu yang sentiasa redha dan tawakal dan optimis. Ameen..

Sekarang ni keadaan sangat huru-hara. Maksudnya, keadaan dan perasaan aku. Banyak yang difikir dan dirancang untuk tahun depan yang lebih ceria dan bermakna tapi nampak gayanya, banyak perkara juga yang perlu ditunda atau mungkin tak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebab apa? Isu posting yang masih menjadi tanda tanya.

Ye, aku tahu setakat posting yang lambat bukannya menjadi isu antara hidup dan mati tapi bagi aku dan lebih kurang seratus lima puluh orang rakanku di UM, isu ini boleh bikin jerawat muka membiak dengan riangnya.

Bermula dengan isu tarikh senat yang terlalu lewat menyebabkan borang permohonan kami bakal guru dari UM yang grad ogos 2010 tidak dapat pergi interview dan ujian INSAK untuk sesi bulan Ogos padahal ada students dari Uni lain yg grad dengan kami dapat pergi interview ogos . So, we have to fill in the form the next batch which is in September. Kami redha dengan harapan Posting bulan januari macam mana senior kami yang dulu.

So, interview bulan November yang lepas. Should i say baru lepas 3 hari dari bulan November. Kalau ikutkan senior batch lepas yang interview bulan november. Hujung bulan december akan posting which is start mengajar bila sekolah buka. So, we hope for that too. Well, we are not just hoping , we want it badly.

Yang buat aku stress skrg adalah kawan aku ada yang dah kol pihak KPM n tanya bila kitaorg boleh posting. Jawapannya tak sure lagi. Tengah bulan ni baru tahu result interview n INSAK hari tu . Dari situ nama calon yang lulus akan dihantar ke bahagian pengambilan guru. Entah berapa lama lagi akan stuck di situ. Kawan aku yang seorang lagi kol KPM gak and officer yang jawab kata 3-4 bulan lagi. What? Are you kidding?????

Lagi menambah stress adaalah bila seorang pengetua di sekolah yang mana kawan kepada kawan aku yang baru posting (pergi interview bulan Ogos) kata , next posting is in March next year. How long should i wait ?

Kalau ikutkan hati, aku memang nak sambung master je. Tapi disebabkan aku kontrak dengan KPM for 4-5 years, maka aku kena berkhidmat dulu. So, i have to wait for the posting. Later on , kalau nak amek master, baru boleh apply as a part-timer. My option is UTM if i got posted in JB.Well, bukan tak boleh apply skrg tapi kenalah tahu tempat kita posting. kalau buatnya posting sabah or sarawak, takkanlah everyweek aku nak balik JB semata-mata nak attend kelas. Boleh bankrupt u. Hemo hemo~

That's why, aku sangatlah tertekan dengan isu ini sekarang. Sebabnya banyak plan yang aku dah buat untuk next year terpaksa ditangguh atau dianjak lewat sikit . Sebabnya semua plan memerlukan duit. So, kalau tak ada income yang stabil every month , tak bolehla nak proceed dengan kebanyakan plan aku tu. Kacau semuanya.

Walau apapun, aku masih bersyukur. At least, aku tak ada melangok tak tentu arah kat rumah and ternak lemak 24/7. At least every weekend, aku pergi ngajay tusyen. Alhamdulillah untuk rezekimu itu Ya Allah. Selain dapat pocket money, boleh gaklah aku improve skill mengajar , melatih sabar, mengulangkaji balik apa yang mungkin agak lama aku tak revise..

W'apapun, aku harap sangat dapat posting Januari 2011 ni. Ya Allah, permudahkan segala urusanku kerana hanya padamu aku memohon dan berharap. Ameen...

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga menchentai ini~