Saya masih cintakan nama yang telah diberi oleh kedua orang tua saya sejak 18 tahun yang lepas (sekali lagi perasan muda, nyampah nyah)
1) Berfikiran jauh & berwawasan.
Apa yang cek boleh cakap, cek memang ada cita-cita. Sape yang takde? Ye dok? Hidup kena ada visi dan wawasan.Baru boleh maju dan juda ada kepuasan dalam hidup. Tapi make surela cita-cita kita itu sesuatu yang bermanfaat kepada diri sendiri, family, agama , nusa dan bangsa. Macam mana kalau ada orang cita-cita dan wawasan dia macam ni ' aku berazam dalam sepuluh tahun lagi, aku boleh jadi pelacur kelas atasan yang paling disegani' . Nauzubillah. Itu namanya menempah dan ingin menternak virus HIV secara besar-besaran.Hemo hemo~
2) Mudah ditawan kerana sikap baik.
Well, i don't know. For this, i should get some responses from my buddies. I do realized that i'm not super good and siper sweet and so-kind-hearted girl. Ada masanya cek marah, cek marah and meroyan gak. Masih belajar untuk menjadi wanita yang baik. Wah, wanita gituh ;p
3) Berperangai lemah lembut.
Yang ini, gue kagak bisa setuju deh walaupun kepingin bener untuk bilang ya. Saya bukan orang yang lemah lembut. Tapi saya juga bukan pengganas dunia. Full stop.
4) Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Yang ini 50-50. Adala kalanya cek sangat persistent pasal sesuatu benda or keputusan yang dah cek buat. Contohnya, bila cek cakap kat satu-satunya adeq cek, balik sebelum pukul 6p.m for example, he should be at home by that time, kalau tak, memang hadiah besar menanti. Berubah perangai dan sifat berlaku pada majoriti perempuan (or should i say all woman) bila 'sahabat karib' datang melawat.
4) Idea yang terlalu banyak di kepala.
Tanyalah idea merapu and mengarut, cek juara seantero dunia. Kat FB selalunya komen hampeh dan karutan semata-mata. Tapi time perlu serius, cek boleh keluarkan idea yang serius, lagi bernas, lagi mantop Koya =_='
5)Bersikap sensitif.
Yes, i am sensitive but not that sensitive. Cek terasa seh kalau orang yang cek tak kenal and dia pon tak kenal cek tetiba nak sound pedas. Hangin satu badan. Pastu allergik gak dengan orang yang konon-konon bagus gile dan tak pernah buat dosa tapi ada hati nak nasihat dengan cara yang tak berhikmah langsung. Senang cakap, orang yang tak serupa bikin. Kalau nak nasihat, cek suka orang yang tegur dengan baik or lagi boleh terima, kalau ada unsur lawak. Senang digest babe. Kalau yang dah kenal rapat, oh yang ni cek sangat tak kisah. Lawak kasar pun cek layan.
6) Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Yang ni cek akui. Semakin lama cek hidup kat dunia ni, semakin cek suka menangguh padahal cek tahu procrastination is a thief of time. Dulu masa zaman sekolah rendah, cek memang cukup benci tangguh-tangguh kerja ni. Homework yang sepatutnya hantar minggu depan, cek da siapkan pada hari cek dapat homework tu gak. Sigh~
7) Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Entahlah sama ada terlalu memilih atau tidak, cek sendiri kurang pasti. Tapi ramai yang kata macam tu bila melibatkan soal buah hati @ Boipren. Pengalaman lama (cewah..terus ingat cherita dolu2 di kala zaman2 innocent..heee) sudah cukup buat cek untuk mengenal serba sedikit dunia cinta.. Hemo hemo~
Ada hikmah di sebalik semua ini. Mungkin tuhan jumpakan kita dengan orang yang salah dulu sebelum kita berjumpa d right one. Insha-Allah, itulah doaku setiap masa. Dan to be honest cek tak pernah berdendam kepada sesiapa yang terlibat dan cek juga berharap sesiapa yang terlibat juga tidak marah atau berdendam dengan cek kerana cek hanyalah manusia biasa, yang tak lari dari khilaf.
Cinta selepas kahwin itu mungkin lebih indah dan lebih nikmat dan barakah ye =)
8) Cepat marah & cepat sejuk.
Kalau suhu badan naik melonjak-lonjak, biarkan cek buat seketika. Jangan dikacau dan jangan dipedulikan kerana akhirnya, suhu itu akan turun juga. Sila pastikan termometer yang dibeli sangat resistant kepada suhu yang tinggi ye..Teheee T_T
9) Suka bercakap & berdebat.
Suka bercakap. Absolutely right!
Sangat suka membebel dan bercakap dan membebel dan bercakap lagi dan membebel lagi dan lagi lagi lagi....
Kalau cek diam, confirm kawan cek akan cakap 'ada mata ikan kat mulut kot, tu yang tak larat nak cakap;..hehe
Berdebat? well, it depends on the topic. Kita perlu gak pertahankan pendapat kita sekiranya disokong dengan fakta yang bernas. Tapi kalau malas, cek iyakan je. Bila cek iyakan tak bermakna cek setuju, cuma malas nak argue, dan kalau cek argue tak bermakna cek membantah, cuma inginkan kepastian dan mungkin untuk kongsi idea bersama. Prinsip cekla.
10) Suka buat lawak & bergurau.
I believe if u ask my closest frens and my best buddies, mesti dorang akan kita ' Miss Cheezy cake is totally insane !!!'..hehe
Cek suke suasana yang ceria and happening. And i believe laughter is the best collagen and remedy (selain Al-Quran of cuz d greatest). If they don't know me, they will say i'm quite and introvert. If they know me, they will say i talk a lot, if they close to me, they will say that i'm totally crazy and nuts. Jom buat excercise muka~!
Kalau tengok wayang pun, cek suka cerita lawak, selain cerita hantu dan romantik komedi. Still mesti kena ada komedi. Rimas nyah kalau tengok cerita cinta jiwang karat. Well, at least for me.
11)Otaknya cerdas berangan-angan.
Harusla berangan sebab semuanya bermula dari angan-angan. Berangan-angan juga satu aktiviti yang amat menyeronokkan kerana berangan tiada memerlukan modal dan tiada bil bulanan yang akan sampai ke rumah anda. Tidak seperti bil beruk band Maxis anda yang akan sampai cukup masanya walaupun anda berpura-pura untuk melupakan beruk band itu (ceh, ayat nak complicated T_T). Tapi seperti yang cek pernah katakan sebelum ni, berangan perlu disertakan dengan usaha. Yes, i'm planning and working towards my dreams, bit by bit.Insha-Allah.Optimis =)
12) Mudah berkawan & pandai berkawan.
Walaupun cek bukanlah over peramah tapi cek tak adalah masalah besar kalau jumpa dengan seseorang untuk kali pertama. Boleh je berbual dan bertegur sapa. Tapi kalau orang-orang besar, mungkin akan ada sikit nervous and be prepared tentang apa yang dikatakan. contohnya, kalau nak jumpa PM ke or nak jumpa sultan Brunei ke? Bajet orang penting je nak jumpa mereka..Haha~
Tapi cek ad satu problem yang cek sendiri tak tahu kenapa. Cek agak susah nak mesra dengan orang yang parents cek kenal. Contohnya, ada sedara jauh yang tak berapa nak rapat datang umah. Tang ni , cek memang agak intovert. senyum dan jawab apa yang disoal je. Tak de nak jadi minah kepoh seperti biasanya. Cek agak hairan dengan sikap cek yang satu ni. Memang dari dulu ada problem ni.Aih~
13) Suka pada barang yang berjenama.
Sebenarnya masa praktikal dulu, ada seorang cikgu tu pernah bacakan ciri-ciri ni depan kami adik-adik yang practical kat sekolah tu. Masa dia baca part ni untuk cek, cek nafikanla. Tapi dia cakap, dia rasa cek memang suka barang berjenama dan kawan-kawan cek semua pakat setuju. Tapi bila fikir balik. Betul haklah apa yang mereka kata. cek teruja je tengok butik-butik besar macam Coach (tak pernah nak masuk butik ni, segan,Confirm tak ada orang layan.haha), Evita Peroni (klip rambut yang halus cam microorganism tu pun harga nak ratus-ratus) etc. Setakat teruja jelah tapi hanya mampu memandang.Hemo hemo~
Still, up to now, cek masih suka dan teruja shopping di Masjid Jamek walaupun bukan jenama antarabangsa. Harga murah dan cantik dipakai, itu yang lebih penting. Back to persoalan sukakan barangan berjenama, sapa yang tak suke, ye dok? Hanya mampu tak mampu je. Cek masih sedar diri.Hehe
Senarai di bawah adalah antara ciri lain bagi oraang yang lahir pada bulan Jun.
- orang yang sangat tertib.
- Pandai mempamerkan sikap.
- Mudah kecil hati.
- Mudah kena selsema.
- Suka berkemas.
- Cepat rasa bosan.
- Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
- Kurang mempamerkan perasaan.
- Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
- Mudah menjadi eksekutif.
- Kedegilan yang tidak terkawal.
- Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
No comments:
Post a Comment