Saturday, November 27, 2010

Jodoh

Semalam topik Al-Kuliah adalah tentang jodoh. Aku rasa ramai yang menonton rancangan tu semalam disebabkan topic 'hot' tersebut. Biasalah siapa tak suka dengar tentang cerita cinta, soal hati, jodoh dan adik-adik angkatnya yang lain kan. Eh, ko jugalah Miss Cheezy Cake.Tehee ;p
Aku tertarik pada dua persoalan yang dikemukakan oleh penonton.

Pertama tentang isu 'adakah lelaki yang baik untuk wanita yang baik sahaja , dan lelaki yang kurang baik untuk wanita yang kurang baik sahaja?'. Padahal ramai pasangan di luar sana berbeza dengan kenyataan tersebut. Bila dapat suami yang alim , penyayang, kaya, handsome, kacak (senang cerita sempurna untuk dibuat suami @ ciri-ciri suami impian ramai la tu), si isteri pula yang buat perangai.Ada jantan lain la. Bela anak ikanla. Kalau ikan emas ok gak. Letak dalam akuarium untuk tambah indah pemandangan ruang tamu. Belanja bela pun tak mahal. Setakat makanan ikan emas tu, apalah sangat. Ye dok? Ni tidak. Dapat pulak ikan jerung. Dok keje nak makan orang je? Makan apa? Mestilah makan poket mak ikan yang membelanya. Hemo hemo~

Bila terjadi perkara yang sedemikian , maka ramailah golongan kaunselor-kanselor tak bertauliah mahupun reporter2 jalanan yang memberi komen 'bernas' masing2. Ada yang akan kata ' B*D** amat itu cewek, udah dapat yang bener, eh dianya yang bikin gilak ( tetiba je da omong gituan, ada apa yach? hehe)'. Mungkin juga dialog ini yang akan keluar, ' Kalau akulah dapat suami sempurna macam si dot dot dot, confirm aku akan tatang bagaikan minyak yang nak melimpah (ok, sila abaikan penggunaan peribahasa yang cacat ini je)'. Wah , ayat ini kelihatan agak cliche ye namun jika dibiarkan tanpa pemantaun pihak bekuasa, boleh jadi si wanita tadi akan mulakan langkah mengorat si lelaki-yang-malang-dapat-isteri-curang. T_T
Atau munkin situasi yang sebaliknya. Dah dapat isteri baik-pijak-semut-pun-semput-boleh-lagi-bangun-menari-tango, si suami pula yang buat hal. Macam2 ragam manusia da~

so, bila keluar je soalan itu, aku terus bulatkan biji mata aku yang orang kata dah sedia bulat walaupun mata aku tak besar (especially bila aku bangun tidur terkejut. Roomate aku memang takut tengok mata aku ketika itu) nak dengar jawapan ustaz. Ustaz pon kata seperti berikut:

YA.

Ustaz mengakui pernyataan tersebut.

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Memang secara idealnya adalah begitu. Namun, bagi seseorang yang baik tetapi pasangannya kurang baik, janganlah cepat mengeluh dan berputus asa kerana kita harus sedar, nobody is perfect ! Anggaplah itu sebagai salah satu ujian dan dugaan daripada Allah agar kita lebih dekat kepada-Nya. Mungkin sebelum ini, si baik itu hanya mengamalkan ajaran agama untuk dirinya sendiri.Namun kini, dia perlu belajar untuk mengajarkan ilmu yang bermanfaat itu kepada pasangannya yang kurang baik supaya si kurang baik itu menjadi si baik juga pada akhirnya. Dan si Baik ini seharusnya lebih mendekati si Pencipta dalam situasi ini dan bermunajat kepada Allah agar pasangannya yang kurang baik itu berubah. Ini hikmah yang pertama.

Hikmah yang kedua pula, melatih si baik untu sabar. Miss Cheezy Cake sangat mengakui bahawa amat sukar untuk menajdi sabar dan melatih sabar. Sedangkan ingin menjadi dan meniru gaya Sabariah juga susah , apatah lagi mejadi sabar@patience. Miss Cheezy Cake sanagat berharap boleh menjadi org sabar.

Hikmah yang ketiga adalah wujud variasi/kepelbagaian dalam perhubungan. Sekiranya mereka berjaya mengharungi dugaan ini dan have a happy ending, sudah tentu cerita-cerita lama ini boleh menjadi sejarah /nostalgia lama untuk dikenang. Dikenang bukan untuk bergaduh dan bercakaran macam harimau tak makan sebulan ye. Nehi nehi ! Tapi dikenang supaya hubungan cinta bertambah erat dan lebih menghargai antara satu sama lain kerana bukan senang untuk mendapatkan a happy ending. Jutaan cabaran telah dilalui. Insha-allah sekiranya kita semua optimis dan positif =)

Lagipun Allah itu maha Adil. Dia mengetahui tiap-tiap sesuatu yang ditakdirkan. Allah does not burden any soul more than it can bear. Lagipun , perkahwinan itu kan konsepnya saling melengkapi. Si baik akan melengkapi si kurang baik. Bayangkan apa akan jadi sekiranya semua Si kurang baik akan bertemu dengan si kurang baik juga. Siapa yang nak beri bimbingan @ give first hand experience to become a so called si-baik? Maka tanpa bimbingan dan dorongan daripada orang terdekat, si kurang baik ini akan terus lalai dengan sikapnya yang kurang baik. wah, berapa banyak baik dah.Hemo hemo~

Maka bersyukurlah anda2 di luar sana sekiranya anda dan pasangan anda terdiri daripada golongan Si Baik dan bimbinglah rakan anda Si kurang baik untuk kembali ke jalan kebaikan dan sekiranya tidak mampu berbuat demikian, maka doalah untuk kebaikan mereka semua. Jangan dihina !

Persoalan kedua yang menarik perhatian aku adalah ' adakah benar wanita dan lelaki yang seiras mempunyai jodoh yang panjang?'. Ustaz tu kata daripada tinjauan rambangya, memang benar ada ramai pasangan mempunyai muka yang iras.Mungkin mata, mungkin bibir, mungkin bentuk muka, mungkin gigi rata, mungkin juga taik lalat (wah, nak carik taik lalat sama tempat dengan cek di muka susah kot. Tak jumpa lagi lelaki yg ada taik lalat yang sama tempat dengan cek di muka? @_@). Tapi janganlah jadikan itu sebagai ukuran asas memilih jodoh. Takkanlah muka tak sama nak kena bercerai kot dengan alasan nanti jodoh tak panjang. Tak logik dan kuno sungguh pemikiran seperti itu?

Tapi aku pernah tengok satu rancangan dari America tak silap. Seorang Dr or psychologist (either one, tak ingat sangat tapi yang penting orang profesional la) buat kajian tentang isu ni. Daripada respondan yang diterima , memang betul ramai daripada mereka ada iras2 tak banyak sikit. Menurut beliau, satu pusat kat otak manusia memang ada 'program' untuk suka dan jatuh cinta dengan orang yang ada sikit kesamaan pada wajah. Lepas tu, Dr tu adalah buat eksperimen guna mesin apa entah untuk buktikan hipotesis ni. Tapi, aku rasa setakat ni belum ada kajian saintifik untuk membuktikan hipotesis ni adalah benar (Bila ada masa, nak cek journal pasal nilah.Kot memang dah ada orang buat scientific investigation pasal benda ni).


No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga menchentai ini~