Selama ak hidup lebih kurang 18 thn (fewiit..muda seh aku..haha), banyak sangat kejadian2 n peristiwa2 menarik yg telah berlaku dalam kenderaan termahal n terhangat n terhanget gak (serius hanget tau bau bas yg crowded..fuh, boleh buat trauma). Ak nak tulis 3 peristiwa terpaling indah berkaitan bas. Tanpa membuang masa, kita mulakan carta kita dengan kedudukan yang ke-3. Jeng3!
#3 : Aku ,Intan n bas UM.
Inilah antara perkhidmatan bas UM. Ada gak bas yg da lama giler. Aku rasa masa zaman Prof aku wat degree kat UM pon , bas buruk tu da ada. Buruk2 pun, nostalgic okay =)
'wei Intan, bas ni tak p pantai dalam la.. ' suara merdu ak memanggil si Intan..
' Ala yeke? ,malu ah aku..' Intan dengan blur nya turun dari bas sambil mengungkapkan dialog tersebut..
Aku n Intan gelak2 la bila dah turun... Tapi aku takdelah rasa malu or segan.. Standardlah salah naik bas.. Sekurang2nya, aku tak malu bertanya n xsesat jalan.ye dok? Yang jadi kisah sekarang si Rashidah yg kebetulan ada dalam bas tu boleh tulis peristiwa ni kat FB.. Rupa2nya, budk2 dalam bas tu boleh gelakkan kitaorg.. ceh~
#2 : Aku, Meah, Yatt n bas Maju.
Peristiwa ni berlaku dalam tahun 2004 or 2005. Alkisah, aku, yatt n meah balik sekolah naik bas. Kitaorg kena tukar 2 bas. Dari sekolah ke bus stop kat depan post ofis JB n then baru naik bas ke tempat masing2. Kebetulan, kitaorg boleh naik bas yg sama utk balik rumah.Aku memang selalu berkejar2 cuz bas yang nak pergi ke Kota Masai, pasir gudang (aku sekolah kat JB) datang dalam lebih sejam sekali je.. Kebetulan time aku balik sekolah, dia akan sampai.. lau aku miss bas tu , means ak kena melangok kat bus stop dalam sejam lagi.. So, seperti biasa dengan pegangan kuat bahawa masa itu nyawa n seeloknya digunakan utk belajar (sekali lagi koya..haha), ak mesti rushing nak balik.
Satu hari, ak , meah n yatt tersampai agak lambat sikit ke bas stop kat pos ofis tu sebabnya seperti biasa discussion . study group ( ayat ni sangat menyampah utk dibaca kan n nampak sgt menipunya..lol). Kebetulan bila kitaorg turun dari bas dari sekolah, bas yang nak pergi ke umah aku tu da nak jalan. Aku apa lagi, berlari sekuat hatilah kejar bas tu dengan baju kurung n bag sekolah. Aku sempat ketuk2 bahagian belakang bas dengan harapan pakcik driver perasan n berhenti. Si yatt ada kat belakang aku sambil lari2 anak n gelak2. Yang tak boleh tahan n paling wat aku rasa cam nak gelak bila ingat balik ialah Meah. Meah ni memang senpoi orangnyer. Sekali dia gelak, memang meletops u. Bla dia tgk aksi aku berkejar2an dengan bas, dia boleh gelak sakan. Korang2 yg kenal si Meah (oppsss..Puan Meah ye,,hehe), confirm korang boleh imagine dia gelak. Dia punya gelak memang attract perhatian orang2 yg ada kat bus stop tu la.. Imagine waktu tu waktu kemuncak.. so penuhlah bus stop tu.. Maka , kami bertiga menjadi tontonan ramai org seperti badut kat bday party..LOL ;DD.. tapi nasib baik, pakcik bas berhenti.. berbaloi gaklah jadi badut gak sekejap..hehe..
kalau lah ada yg capture gambar waktu tu, memang akan jadi khazanah n harta paling berharga la dalam hidup aku..
ok, kita da tgk carta kedua n ketiga. Sekarang tibalah masa untuk tgk tangga pertama dalam carta 'Aku, bas dan kamu'..
# 1 : Aku, shamira n bas UM.
Nilah yang aku maksudkan dengan duduk bertentangan antara satu sama lain. Ini bukan dalam bas UM. Bas UM belum ada wifi (setahu cek sampai cek grad belum ada lagilah). Insha-allah in d future kot =)
Masa nak pergi Gombak dulu, aku duduk bahagian tengah bas. Tapi seyes pening n rasa nak muntah cuz duduk berhadapan antara satu sama lain n jalan ke gombak tu bersimpang siur. So, ak memang nekad nak gak dok bahagain belakang bas bila balik nanti. Maka, bila sampai hari nak balik, ak dengan riangnya terus cop 2 tempat kat belakang, satu utk aku n satu utk shamira. pastu, ramai gaklah yg duduk kat belakang tu (kerusi ada satu yg panjang..memang duduk agak berhimpitla..kitaorg tak kesah,,janji xpening).
Ok, setle dah masalah tempt duduk.. Ingatkan bolehlah tidur sepanjg perjalanan ke UM yg kira2 sejam. Memang tersangat penat okay.. mana taknya, pagi tu kitaorg pergi jungle tracking dlm hutan ..turun naik bukit, meredah hutan belantara, mengharungi sungai , bertarung dengan beberapa ekor harimau Malaya (LOL :DD), so, korang memang boleh imagine betapa letih n sengalnya otot2 kitaorg kan.kan3? ;p
Tengah syok2 mata da kuyu, alam mimpi pon dah nak menjelma, dan ada yg da terbang sampai Paris, tiba2 , bas yg dipandu laju berhenti mengejut. Maka , di sinilah konsep inertia dapat diperhatikan secara jelas.
okay, jom revise fizik jap . what is inertia?
"An object at rest tends to stay at rest and an object in motion tends to stay in motion with the same speed and in the same direction unless acted upon by an external force"
So, dengan aplikasi inertia la, kitaorg yg duduk kat bahagian belakang bas terpelanting ke depan. Ada yg sempat pegang kerusi bahagian depn or berpaut pd kawan yg lain. Yg paling teruk sekali, ak n shamirala cuz kitaorg dok bahagian tengah. so, xble nak pegang ape. Shamirah jatuh macam nangka busuk ke bahagian tangga. Nasib baik tak jatuh tangga kalau tak dah macam pepatah ' sudah jatuh ditimpa tangga'. Aku plak, jatuh atas shamira. So, memang double trouble la si best fren aku tu. Budak2 lain, memang tak gelak sakan, tapi tersengih2 tahan nak ketawa kot. Yelah, takkan la nak ketawa terbahak2 kan. Aku n shamira dengan muka tak bersalah, bangun n duduk balik tempat kitaorg.. Aku pandang shamira, shamira pandang aku n kitaorg gelak. Lepas tu da tak tidolah lagilah.. And peristiwa ni memang buat aku n shamira gelak utk berminggu2 lamanya. Even kalau ingat waktu skrg pon, ak still ble rasa cam nak gelak. Yg paling tak tahan, ekspresi muka masing2.
Inilah top 3 cerita aku, kamu dan bas. Kamu ada? =)
No comments:
Post a Comment