Tuesday, November 16, 2010

Not everyone get things on a silver platter..

Not everyone get things on a silver platter.. Bukan semua orang di dunia ini bernasib baik..

Bila kebanyakan daripada kita makan berlaukkan seribu satu jenis hidangan, ada sesetengah daripada kawan kita di luar sana terpaksa beralas perut berminggu-minggu lamanya tanpa sebutir nasi pun singgah di tekak.

Bila kebanyakan daripada kita bermewah-mewahan dan berhambur-hamburan dengan barangan berjenama; kasut, baju, malah beg tangan yang hanya boleh memuatkan kad pengenalan dan handphone berharga ratusan malah ribuan ringgit, ada sesetengah daripada kawan kita di luar sana tanpa ada pilihan terpaksa memakai pakaian yg koyak rabak, berselipar jepun yang sudah terlampau nipis tapaknya, dan hanya mampu memakai bag plastik yang layaknya digunakan untuk membungkus sampah.

Bila kebanyakan daripada kita mengeluh begini..
'Kenapalah hidung aku tidak semancung dia, kenapalah kulitku tidak secerah dan selicin dia, kanapalah aku tidak setinggi Naomi Campbell, kenapalah aku tidak secantik Rozita Che Wan, dan jutaan lagi kenapalah...'
Tapi ada sesetengah daripada kawan kita di luar sana hanya mampu berjalan dengan bantuan kerusi roda, atau mungkin tidak mapu berjalan langsung. Terlantar untuk seumur hidupnya, sedangkan kita masih mampu berjalan dengan normal walaupun kaki kita tidak sepanjang kaki model .
Ada juga rakan kita di luar sana yang terpaksa bernafas dengan bantuan pernafasan sehingga ke hujung nyawa, sedangkan kita masih lagi mampu menyedut oksigen kurniaan Allah walaupun mungkin hidung kita tidak semancung Ashwarya Rai.
Ada juga rakan kita di luar sana terpaksa hidup dengan hinaan dan cacian dek penyakit kulit yang dialami sejak lahir , sedangkan kita masih boleh berjalan ke Mid Valley, ke City Square, ke Time Square dengan selamat tanpa wujud pandangan sinis daripada org sekeliling walaupun mungkin kulit kita tak selicin model SKII.

Terlalu banyak sebenarnya nikmat yang Allah berikan pada kita namun kita pandang remeh dan jarang sekali kita ungkapkan rasa syukur. Kita selalu berharap menjadi orang lain atau berharap semua yang sempurna itu milik kita. Padahal kita lupa nobody is perfect! Tiada sesiapa pun didunia ini sempurna. Kalau kita rasa orang lain itu hidup mewah, berharta, cantik dan menjadi kegilaan ramai, fikirlah sekali lagi. Mungkin di sudut yang lain yang mungkin tersembunyi daripada pandangan mata kita , tersembunyi kekurangan lain yang ada pada mereka. Seperti mana yang dinyatakan oleh Donal Trumph dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.

Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"

Oleh itu, marilah kita sama-sama ungkapkan rasa syukur atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Dan sama ada kita sedar atau tidak, semua nikmat itu diberikan secara percuma tanpa bil bulanan. Bayangkan sekiranya untuk sekali sedutan oksigen kita dikenakan caj oleh Yang Maha Esa, saya yakin kita tidak mampu untuk membayarnya dan menikmati bumi Allah yang indah. Itulah buktinya betapa Maha Penyayang dan Maha Pengasihnya Rabbul 'Alamin, memberi nikmat tak terhingga untuk semua makhluk ciptaan-Nya.

p/s : I feel like to write this entry after i'd finished watching a documentary about a Siamese twins in Okto channel ( a singapore channel. Thats the best part staying in JB.You can watch Indonesia and Singapore channel for free^^). The twins faced a lot of difficulties to do their chores even to walk for 5 minutes, they find it very difficult. So guys (including myself), be thankful to The Almighty because not everyone get things on a silver platter.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga menchentai ini~