Langit yang ketujuh adalah lagu yang pernah popular ,dinyanyikan oleh azharina. Kalau depa Tanya cek sama ada cek suka atau dok lagu ni, well, my honest answer is 50-50. Kalau dah DJ dok kebetulan putar lagu ni dalam kereta masa cek tengah drive, cek dengar jelah. Kalau DJ tak putar, tak adalah cek nak request lagu tu or terkinja-kinja melompat keriangan nak cari lagu tu dalam folder cek kat dalam Mr Lappy ni kan. Hemo hemo~
Sesungguhnya azam cek yang dah cek laksanakan dalam beberapa minggu ini adalah tidak tidur selepas subuh. Satu pencapaian peribadi yang sangat cemerlang dan terbilang untk cek okay. Clap clap !
Ye, sungguh dan benar . Tiada apa yang benar melainkan yang benar belaka. Cek sudah tidak tidur selepas subuh. Sebenarnya dari dulu lagi cek memang nak amalkan tapi Mr Tilam yang gebu sentiasa menarik cek dan mengorat cek untuk selalu berada dengannya.LOL :DD
Apa yang mebuat cek berubah (harapnya istiqamah la ye Miss Cheezy Cake)? Well, cek pun tak tahu sangatla sebab yang kuat yang menyebabkan cek berubah tapi mungkin juga disebabkan artikel di FB yang menceritakan tentang keburukan2 tidoq selepas subuh. Salah satunya adalah ‘mahal rezeki’..huhu.. gue nggak mau donk rezekinya mahal. Biar murah2 aja. Gue kan seneng . Ntar bisa beli banglo ama mobil gedek deh..haha..Berangan je koje hang nih. Harusla.. berangan itu free, tidak perlu bil bulanan.Lagipun, without dreams a.k.a berangan dulu, you are nothing. Takkanlah PM tak pernah berangan nak jadi PM ? Or Siti Nurhaliza xpernah berangan nak jadi artis ?And tetiba bangun pagi esoknya, mereka dah jadi PM dan artis? Nehi nehi! Berangan itu perlu tapi mestilah disertakan dengan usaha. Kalau tidak, jadilah macam Mat Jenin dengan angan-angannya. Betol dak? Clap lagi.
Okay, stop membebel dan merapu ye Miss Cheezy Cake. Mari kita tengok tajuk hari ni. Langit ketujuh. Well, sebenarnya pagi tadi Cek telah membuka tafsir Al-Quran (whoa, lama sungguh cek tak bukak tafsir hadiah ketika sekolah agama dulu. Betapa sebenarnya cek sudah semakin lalai dengan kehidupan dunia ini. Astaghfirullahal Adzim). Apa yang hang cuba nak cakap ni? Sekejap pasal tafsir sekejap pasal tak tidoq lepas subuh? Putar belit alamla hang nih !! Kataku marah kepada diri sendiri.LOL :DD
Okay, Nilah yang cek nak cakap. Untuk mengelakkan kita tidur lepas subuh, buatlah apa2 yg kita rasa nak buat. Contohnya buka kitab Allah =)
Tak pon macam cek ni, Facebooking and blogging.ONLINE will keep me awake.Hemo hemo~
Cek tertarik pada tafsiran Al-Quran yang berikut dari surah An-Nuh, ayat yang ke-15:
Maksudnya: Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat/ See ye not how Allah has created the seven heavens one above another.
Dalam tafsir Al-Quran yang diterjemah oleh Prof.Dr.Haji Mahmud Yunus (diterbitkan sekitar tahun 1957), beliau menyatakan bahawa 7 langit yang dimaksudkan di sini adalah tujuh planet yang berada dalam system yang sama dengan bumi dalam system planet. Utarid (Mercury), Zuhrah (Venus), Marikh (Mars), Musytari(Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus(Uranus), Neptune (Neptune). Yes, tujuh planet tidak termasuk bumi. Telah terbukti dengan kajian saintifik bahawa setiap planet ini berputar mengelilingi matahari dalam orbitnya masing2. Orbit planet inilah yang dimaksudkan dengan tujuh petala langit.
Apa yang paling menarik perhatian cek adalah, kenapa tiada Pluto dalam system planet tersebut?
Yes, memang betul Pluto telah dikeluarkan daripada system planet pd tahun 2006(when i was first year in UM) kerana tidak menepati ciri2 yang sepatutnya ada pada real planet. It is just considered as dwarf planet (now I realized why UM asked us to take Geology paper for Sc education students. They wanted us to be all-rounded teachers or at least get some knowledge about everything that could be possibly asked by our advance students. Yeah, d wisdom of their order. Wah, Miss Cheezy Cake semakin pandai berfikiran positif.Clap clap)
Al-Quran dengan jelas telah menyatakan sejak lebih 1400 tahun yang lalu bahawa hanya ada 7 planet yang berada dalam system yang sama dengan Bumi. Sedangakan manusia baru 4 tahun yang lepas sedar hakikat itu.
Allahu Akbar !!
Semoga kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan beriman .Amin =)
No comments:
Post a Comment