Wednesday, January 26, 2011

A welcome note =)



Salam and hi guys !
Congratulations to all of you who'll b posted in my lovely and wonderful hometown.
I'm sure you gonna enjoy your life here and fall in love with the environment, the food and of course the JOHOREAN itself !!! ;)

Aku tahu masih ada yang mungkin kurang gembira dengan perkhabaran ini. But trust me, you'll feel that way for few days only. Lepas tu, kamu akan sangat cintakan Johor dan kerana kecintaan kamu itu, kamu mungkin akan lupa jalan untuk pulang ke kampung masing2. Siap perlukan pertolongan GPS untuk tunjuk jalan. LOL :DD

Jom aku guide kamu tentang keindahan dan ke'best' an negeri Johor ni especially untuk kamu2 yang mungkin tidak pernah ke Johor atau kurang arif dengan selok belok negeri ini. First impression is really important right? Let's go on our virtual journey~

Apa yang ada kat Johor?
Bak kata Pakcik Astro (sila berdoa untuk pakcik ini, kerana dia telah kembali ke Rahmatullah)..
Macam2 ada !

Daripada Plumbum, Sulphur Dioxide, Carbon monoxide, Nitrogen dioxide and semua gas yang boleh menyumbang kepada hujan asid sehinggalah kepada fresh oxygen ada di sini. So, kamu2 yang dapat posting di sekolah area bandar JB and kawasan perindustrian seperti Pasir Gudang, Larkin, Tampoi, etc jangan lupa bawa dilute alkaline bagi menetrualkan dinding rumah sewa kamu nanti agar tidak terkakis dek hujan acid tersebut. Wahahaa.. Kalau kamu ditempatkan di Tangkak, kawasan berdekatan dengan Gunung Ledang atau kampung2 yang tidak tercemar yang jauh dari kilang dan shopping kompleks, sila bersyukur dan buat sujud syukur kerana Insha-allah kesihatan kamu akan lebih terjamin. Hidung kamu dapat sedut fresh oxygen, otak kamu kurang tercemar oleh plumbum dan pencemaran2 yang lain. Itu semua berkaitan gas2 semulajadi dan tidak semula jadi yang ada di johor. Tak termasuk lagi gas2 yang dilepaskan secara semulajadi oleh makhluk2 semula jadi yang lain. Nak2 gas yang terbebas selepas orang2 Johor menikmati juadah petai dan jengkol. Whoa, semerbak harum kasturi. Kebanyakan orang Johor menggemari ulam ini. Almaklum, banyak Jawa di sini termasuklah Miss Cheezy Cake juga. Jowo pon jowo janji rock. Teheee..

Moh kita cerita tentang keindahan alam anugerah Allah di negeri Johor ini. Seperti yang dikatakan sebelum ini, macam2 ada di negeri cek terchenta ini. Gunung ganang yang indah dan aktiviti-aktiviti yang lasak untk kamu2 yang ingin belajar menjadi lasak (lasak tidak sama maksud dengan ganas ok) ada terdapat di Gunung Ledang, di Endau Rompin National Park atau di mana2 kem rekreasi yang ada bertaburan di Johor ini seperti yang pernah aku pergi di Mersing. Lupa pulak nak add pakcik tu kat FB. Almaklum, masa aku pergi kat tempat ni, FB belum popular. Hehee.. Kalau tak boleh tunjuk kat kamu2 semua betapa bestnya berkayak dan berflying fox di sana.

Kalau kamu sukakan pantai dan pulau2 yang permai, banyak tempat yang boleh kamu kunjungi. Salah satu tempat yang paling famous seantero Bima Sakti ialah Pantai Desaru :p
Ini adalah pantai pertama yang wajib kamu pergi setelah mula berhabitat di Johor. Kalau boleh, hujung minggu pertama persekolahan terus ke pantai ini. Kalau tak ada orang yang ingin hantar anda ke Desaru, sila belajar dari sekarang skill2 memujuk dengan cara yang paling berkesan. Bagi yang akan berhabitat di JB, pantai sepanjang Danga Bay itu pun dah memadai untuk diexplore pada minggu pertama. Sila berpura2 jakun dan bergambar ala2 Tyra Banks ketika di sana walaupun aku tahu kamu2 tak akan jakun pon T__T

Bagi yang sukakan suasana pulau yang damai permai, angin yang bertiup sepoi2 bahasa, ombak yang menderu, pasir yang memutih , air laut yang bak kristal, silalah menyempatkan diri anda ke Pulau Sibu, Pulau Rawa, Pulau Aur, Pulau Lang etc. Pesanan Johor Tourism ini juga ditujukan khas untuk diri penulis. Heheee...

Bagi yang sukakan aktiviti bershopping dan 'eye-washing @ cuci mata' (sila abaikan penggunaan bahasa yang salah), Johor menawarkan banyak tempat yang boleh anda lawati seperti City square, Angsana, Jusco tebrau, Danga City Mall, The Zone (free duty, ala2 Langkawi gitu ;p), Ayer Hitam dan tempat2 lain di Johor. Harap maaf , aku hanya familiar area JB sahaja. Tapi jangan risau, sila bertanya lebih lanjut dari Pakcik Google. He will be more than happy to help you !


Kalau kamu sukakan air terjiun menderu yang dipenuhi dengan ion negatif yang baik untuk kesihatan dan kecergasan badan, Kota Tinggi waterfall adalah jawapannya. And ada beberapa lagi air terjun di Johor yang boleh kamu kunjungi.

Kalau kamu sukakan musim bunga yang indah yang penuh warna warni, jangan risau dan tidak perlu jauh2 ke Belanda and Australia untuk melihat Tulip, hanya berada di Johor, kamu mampu menikmatinya tapi bukan Tulip la. Yang penting fresh flower, ye dok? Kat mana nak jumpa? Ok, dalam bulan May-July, marilah berkunjung ke teratak kecil aku di Kota Masai. On the way nak masuk kawasan teratak aku, ada pokok yang akan berbunga putih, purple, pink and kuning. Kadang2 penuh satu pokok dan bila musim luruh (cewah..ahaha), penuh jalan dengan bunga2 yang colourful itu. Waktu musim luruh itu, i seperti berada di London , you know. LOL :DD

Ini belum masuk lagi tentang prihal orang Johor. Trust me, kamu akan menyenangi keramahan,kesantunan, kebudi bahasaan dan kelembutan orang Johor. Tak payah tengok jauh2, tengok I je. You mesti rasa I lah wanita yang paling lemah lembut yang you pernah kenal kan. I can't help it darling.. Hahahahhahahaha !!!!

Bukan setakat di Johor saja. Kamu yang bertuah berada di sini akan berpeluang ke oversea. Wah, teruja tak dengar boleh pergi oversea? Tak sampai sejam, kamu dah boleh berada di Singapore daripada JB and dalam dua jam , kamu boleh berada di Batam, Indonesia. Ini semua melalui jalan darat and laut ok. Maksudnya budget murah sikitla. Kalau naik belon, of course akan lebih cepat. Cuba bayangkan, breakfast di JB, Malaysia and have your lunch in Singapore and dinner in Batam, Indonesia. Wah, dalam masa sehari , kamu dah pergi 3 negara. Bila balik kampung nanti, bolehlah kamu berlagak dengan saudara mara kamu yang belum pernah keluar Malaysia and tunjuk pasport kamu yang penuh dengan stamp luar negara. Kacak tak idea aku? Heheee... Tapi sila malu-maluan dan jangan jakun untuk tunjuk pasport kamu kepada saudara mara or rakan2 kamu yang belajar di UK yang dah jelajah satu eropah. Nanti, kamu tersipu keseorangan. I tak dapat nak tolong ok. Haha..

So, nampak kan betapa indah dan cantiknya Johor. Diharap rakan2 seperjuangan yang akan mula berbakti kepada nusa bangsa di tanah negeri tumpah darahku ini akan bergembira dan selesa berada di sini. Insha-allah , di sini akan menjadi tempat yang terbaik untuk kamu dan aku juga belajar menjadi guru yang berdedikasi dan memberi inspirasi. Allah lebih tahu apa yang tebaik untuk hamba-Nya.

Bagi yang akan berjuang di seberang sana, sila tabahkan hati. Kamu adalah insan yang terpilih antara ratusan/ribuan yang bakal posting Febuari ini. Sila motivate diri dengan elauan yang menggiurkan itu. Kalau one day, kamu naik LRT or bas di kampung halaman kamu sendiri and kamu tersesat, sila beritahu kepada mereka yang memandang sinis kepada kamu yang boleh tersesat di kampung halaman sendiri dengan berkata begini dengan yakinnya.. ' Sorry I dah tak biasa naik bas and LRT. Biasanya i turun naik flight je. Abang pilot yang handsome yang selalu hantar i...' LOL :DD
Kalau agak2 kena penampar laju bak speed of light, sila mengelak dengan pantasnya seolah2 anda ini pemegang tali pinggang hitam ;p

Di mana pun kita tercampak, janganlah bermuram durja. Yow will slowly learn and adapt yourself with the new environment. Yang paling utama adalah mendidik bakal pewaris negara dengan penuh gigih tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, mother tongue, keturunan, kedudukan dan pangkat ! Layanlah anak didik kita sama rata dan didiklah seikhlas mungkin. Semoga kita semua dapat memartabatkan kembali profesion ini di mata masyarakat dan mendapat rezeki yang halal dan berkat. Insha- Allah..

OPTIMIS and GAMBATEH buddies !! =)

p/s : Sila jangan terasa dengan kata2 merepek dan merapu yang ada di sini. Semuanya hanya untuk tujuan gurauan semata2 supaya anda tidak stress and rasa gembira untuk berkhidmat di johor. Welcome to Johor ^^

2 comments:

  1. hahaha...banyak gile tempat boleh pegi. Nanti ade masa...silah bawa kami kesana! :) thanks nas!!

    ReplyDelete
  2. insha-allah. ada ms n kesempatan, bolehlah kita wat lawatan seluruh johor. ak pon tak cover habis lg..hehe..

    ReplyDelete

Anda mungkin juga menchentai ini~