Monday, January 31, 2011

Roti bawean =)


Salam..

Terasa nak buat post tentang ni lepas tengok Nona Tv3 semalam. Datuk Ajis Satar buat resepi ni wei~

Pernah dengar tak roti bawean?
Mungkin ada yang pernah dengar and mungkin ini kali pertama kamu dengar tentang roti ini kan?Kalau tanya dengan mana2 Singaporean, makanan ini sangatlah familiar dan kira juadah yang agak kena dengan tekak mereka especially untuk buka bulan Ramadhan. Siap jiran aku (Singaporean) tanya dengan mak aku awat dia tak jumpa roti bawean kat bazar Ramadhan kat JB eh? Bawean/ roti bawean ni mungkin agak asing dengan warga Malaysia. Yang tahu hanyalah orang2 bawean sendiri, and orang2 dalam lingkungan itu.Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang resepi roti bawean turun temurun dari keluarga aku, moh sini aku cerita dulu apa itu bawean.

Bawean adalah satu pulau yang terletak di daerah di Jawa Timur. Bandar utamanya @ ibu negerinya adalah Sangkapura, a small town, ada pelabuhan untuk kapal2 dari Jawa berlabuh, and not that develop as Pelabuhan Pasir Gudang ke or Pelabuhan Klang ke. Tak semaju itu (tapi jangan fikir Bawean ni begitu kolot.Ramai je orang pulau tu merantau and bekerja secara profesional di Australia, Germany, Arab etc.. and Facebook pun bukan satu yang asing lagi) kerana Bawean ini kurang diambil serius oleh pihak pemerintah sana and tak semaju Tanah Jawa/Jakarta padahal bagi aku Bawean ni ada nilai2 estetikanya yang tersendiri. Kalau dijaga dan diselia dengan baik, aku percaya mesti ramai tourist nak pergi, macam Bali tu.. Sigh..

Kenapa aku boleh tahu semu fakta ini? Aku tidak menggoogle untuk tahu semua benda ini. Well, I'm a baweanese babes. Family aku berasal dari sana. Walaupun bukan 100% sana tapi still considered as Baweanese la kan. In fact, Bawean ni terdiri daripada banyak suku ; Bugis, Madura, Jawa etc.. Kalau di Singapore, bangsa Bawean ni dah dikira salah satu suku melayu yang majority di sana selain Melayu Arab. Nanti kalau ada kesempatan berkunjung ke Bawean sekali lagi, aku lampirkan gambar dari koleksi aku sendiri ok. Supposedly aku dah beli tiket untuk ke Indonesia this coming month of June. Tapi disebabkan accident last week, terpaksalah tunda hingga kewangan aku stabil sikit. Harap2 tiket flight tak naik mencanak la..huhu.. Sekarang kena save untuk budget beronggeng ke Kemboja this coming month of March. Almaklum, bukan anak hartawan untuk menghamburkan duit sesuka hati. Whatever it is, aku masih bersyukur untuk setiap nikmat Allah ke atasku. Alhamdulillah =)

So, dah faham serba sedikit tentang asal usul roti ni? Kalau dah, sila dengan girangnya bertepuk tangan sambil menghentak2 kaki keriangan kerana hari ini kamu dah belajar satu lagi ilmu pengetahuan tambahan T__T

Dah bertepuk-tangan bagai, mari sini Miss Cheezy Cake nak cerita resepi roti bawean. Sila ambil pen dan kertas untuk tulis resepi mahal ini ok. Jarang Miss Cheesy Cake (MCC) bagi resepi pada sesiapa sesuka hati ok. Kamu dikira bertuah kerana MCC sanggup berkongsi kepakarannya memasak dengan kamu. Koya =_='

Bahan2 yang diperlukan :
- Tepung gandum
- Minyak masak (minyak kelapa sawit la selalunya, tapi kalau agak2 banyak duit boleh guna minyak zaitun.Hehe..)
- Garam secukup rasa
- Kentang
- Telur beberapa biji
- Air masak
- Bawang secukup rasa. Kalau kamu pencinta bawang and rasa nak letak satu gantang, you are please to do so ;p
- Daun bawang dan daun sup/saderi.

* Ini adalah bahan yang paling basic. Kalau nak tambah benda2 lain mengikut cita rasa sendiri pun boleh. Kalau nak tambah daging kanggaroo, lagi digalakkan. Lepas tu sila jemput Miss Cheesy Cake untuk rasa ok. Teruja nyah nak rasa daging kanggaroo.. Hehee*


Cara2 :
- Panaskan minyak secukup rasa and dah berasap bagai, sila tuang minyak panas itu ke dalam tepung gandum. Letak sedikit garam agar doh yang bakal dihasilkan tidak terlalu tawar. Letak sedikit air masak dalam adunan itu.Lepas tu uli dengan sepenuh hati sehingga keluar peluh dalam 1 liter. LOL :DD
- Biarkan doh itu seketika.
- Kemudian, sediakan inti roti ini. Lebih kurang macam inti karipap kentang. Kentang yang dilenyek dicampur dengan bawang , daun sup, daun bawang and telur (ni Datuk Ajis Satar tak letak. Tapi mak aku selalu letak telur. And kalau aku buat, mesti aku tambah cheese. Aku kan penchenta cheese. Sangat yummy, i tell you. Macam piza je ;p)
- Dah siap inti dan doh. Now kita start 'mengukir' ini roti.
- Canai roti tu sampai leper. Kemudian letak inti tadi sesedap rasa atas tepung yang dah dicanai tadi. Jangan terlalu banyak, nanti pecah bila digoreng.
- Kemudian, letak another tepung yang dah dicanai atas canaian yang pertama and kelim bahagian tepi dia macam karipap. Ini cara Datuk Ajiz Satar. Tapi mak aku selalu, jadikan bentuk dia segi empat. So, tak payah kelim bahagian tepi. Terpulangla kepada kamu ok. Kalau rasa nak ukir2 canaian tu ok gak. Nampak berseni gituh ;p
- Dah siap boleh goreng. Horray !!

p/s : Kredit untuk pemilik gambar roti bawean di atas. Aku tak ada mood nak membuat roti ini sekarang. That's why tak ada gambar dari koleksi aku sendiri. Jangan sesekali cakap Miss Cheezy Cake tak pandai masak hokay. Cek cuma tak ada mood je =_=

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga menchentai ini~