Tuesday, January 4, 2011

Burung hantu !

Wah, semalam buat kali pertamanya aku menjadi burung hantu. Syabas beti ! Burung hantu pun tak pernah lagi jadi kau. Seharusnya dia berbangga dan terus rasa nak melompat terkinja-kinja kerana kau dah jadi macam dia. Hemo hemo~

Okay, stop merapu dan merepek skrg ! Sebenarnya , semalam adalah kali pertama aku drive malam2 seorang2. Yes, tanpa teman okay. Not that, aku selalu keluar malam. Aku budak baik okay and i still am. Hehe... So, kau nak cakap semua orang keluar malam jahatla ? Ceh~ Sila tampar diri kau sekarang Cheezy Cake kerana buat kenyataan berat sebelah itu. Dush dush !

Aku keluar malam and drive seorang2 cuz start tahun ni, aku akan ada tambahan kelas tusyen. Alhamdulillah ya Rabbi atas rezeki-Mu itu.. Hujung minggu dah full . Lagipun, aku tak mahulah hujung minggu aku terlalu padat cuz berehat itu perlu untuk mengekalkan stamina, kulit yang cantik and gigi cantik. Erk??!! So, habis tusyen dalam pukul 10.30 p.m. Tapi, teruja tak hengat cuz jalan raya tak sibuk mana. Anda yang pernah and selalu drive kat highway pasir gudang mesti faham betapa meriahnya jam kat sini. So, bila malam tak ada jam. Maka, hamba dengan riang rayanya memandu seperti jalan itu hamba yang punya. Hemo hemo~

Tapi walau apa2pun, aku masih sedar diri yang aku ni bakal dipostingkan di sekolah. So, Insya-Allah dan telah menjadi satu peringatan pada aku agar melaksanakan tanggungjawab aku di sekolah nanti dengan sebaik2nya walaupun aku sibuk dengan urusan lain juga. Amanah dalam pekerjaan itu perlu. Itulah yang selalu mak aku cakap and nasihatkan. Ya, amanah itu perlu baru rezeki berkat. Walaupun gaji tak besar mana, tapi sentiasa mencukupi untuk mengharungi hidup yang penuh mencabar. Cewah..Macam ni baru rasa macam gaji cikgu dah sama ngan gaji Ananda Krishnan T__T. Teheheeee....

2 comments:

  1. Ko still lesen P ke nas? Jangan lupe tampal besau2 P ko tuh ehh..hahaha :p

    ReplyDelete
  2. squeeze me ! hehe..
    ak dah lesen beso ok. uish, kalau still p, mau kena saman 400 ms acciden mgu lepas.huhu..

    ReplyDelete

Anda mungkin juga menchentai ini~