24 Dec 2010.
Pagi-pagi lagi kami bertiga , dah mulakan langkah pertama ke Siam. Kami naik van di Penang dalam pukul 8.30 a.m. And sampai Hatyai dalam pukul 12.30 p.m. Sampai je Hatyai, terus cari hotel. Finally, kami sampai ke Sakol hotel, near Odean shopping mall. Since kami pergi waktu peak season, so harga hotel mahal sikit compared to waktu low season. 1000baht/night. Lepas simpan barang, terus cari makan. We were starving to death ok. Lepas makan terus naik tuk2, pergi ronda2 Hatyai.
Lepas ronda2 dengan tuk2 and kaki, kami balik hotel. Jam baru pukul 1.30 p.m. So, we decided to take half day tour in Songkhla. Kami amek pakej dari Gold travel & Tour yang ada depan Sakol hotel. 350 bahth/person. Kami beli gak tiket cabaret show pukul 8.30 p.m nanti. Ada gak sexy show and tiger show. It's a BIG NO to these 2 shows !
Tak sampai half an hour, tour guide yang nak bawak kami p Songkhla sampai. A female tour guide. Tapi tak berapa pandai nak kecek omputeh. So, kadang2 macam itik cakap dengan kambing. Hehe~
First stop was Sleeping Budha. Masa tu hujan lebat giler, so kami tak stay lama sangat kat sana. Amek2 gambar lebih kurang lepas tu pergi next destination, which is Tang Kuan Hill top. Nak naik Tang Kuan hilltop kena bayar 30 baht untuk lif. Sampai kat puncak Tang Kuan, kita boleh tengok view Songkhla town. Memang cantik sesangat. Kalau sunset, i bet mesti lovely giler ~!
Dah puas tengok view and posing2, kami gerak ke next stop which is Samila beach. Kat samila beach ni, ada patung Little Mermaid yang jadi tumpuan pelancong. so, sempat gaklah berposing2 kat situ. Kat sini, kami makan kelapa bakar. Sedap !
Then, tour guide kami bawak singgah Songkhla aquarium. Kami tak masuk sebab tiket dia mahai bebenor. 300 baht. Pastu, tempat dia macam tak menarik. Rupa-rupanya tour guide kami cakap kat situ tak banyak ikan. Ceh~
On the way, nak p the last stop which is floating market, kami singgah jap kat Dragon head untuk berposing2 ala Tyra Banks. Ahaks. Lepas tu, terus pecut p Floating market. Mula-mula aku ingat akan ada banyak sampan2 atas air yang jual barang. Sekali tengok , sampan2 ni semua ada kat tebing sungai je. Pastu siap berhias bagai. Semuanya dah tak natural. Hanya untuk attract tourist semata2. Ada ramai peniaga Muslim. So, memang tak susah nak cari makanan halal kat sini. Aku sempat gaklah 'merembat' sehelai skirt. Clap clap.
Lepas floating market, kami terus balik hotel. Mandi2 kasi segar untuk next activity, cabaret show. Cabaret show ni sebenarnya show oleh golongan 'akak2'. Macam2 tarian and lagu yang diorang bawak tapi semuanya miming belaka. Siap ada lagu Dikir Rambong Noraniza Idris lagi. Tapi mulut si penyanyi tak sama ngan lagu. Kelakar kot ! Lepas perfomance, boleh amek gambar dengan mereka2 ini. Tapi kena bagi tips. Sekali bagi, semua mintak. Lepas amek gambar 2-3 keping, kami keluar. Kang habis duit bagi tips je. Diorang siap panggil2 lagi 'syayang2'..Tak tidoq malam aku terngiang2 suara mereka2 ini.Hemo hemo~
Masa tu dalam pukul 9.30 pm Thai time (10.30 p.m waktu Malaysia), kami decide nak pergi night market. Masa ni kami kena 'sembelih' dengan tuk2. Biasanya naik tuk2 , kena bayar 20-30 baht. Tapi driver tu cekik kami dengan 100 baht seorang. Malas nak cari pasal, kami bagi jelah dengan muka masam. So, pengajaran hari pertama, sila tanya harga sebelum naik. Kat night market, sempat gaklah 'menyambar' sling bag. 200 baht. Kak fidah and rehan shopping agak banyaklah. Untuk anak2 buah. Nasib baik tak ada anak buah lagi. LOL :DD
Lepas, night market, kami carik makan. And lepas tu zZzzzZZZzzzzZZZz. Kepenatan tapi puas =)
To be continued...
No comments:
Post a Comment