Sunday, December 12, 2010

:: Narnia ::

Sapa yang dah tengok cerita ni , sila angkat keluarkan ginjal anda skrg ! Hemo hemo~
*Gila ke hape nak keluarkan ginjal*

Aku n my cute crazy babes (wei ching n guan ling) menyempatkan diri gak berjumpa setelah sekian lama tidak bersua. Padahal bukan jauh pun. Bukannya satu kat Colombia, satu kat uganda and seorang lagi kat timor leste.Nehi nehi.. Aku n Guan Ling kat JB n Wei ching keje kat singapore tapi stay kat JB gak. D funniest thing is Guan Ling kerja kat Pasir Gudang . Kawasan aku kot. *Sigh*

Tapi bukan salah ibu mengandung. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Urusan nak mengisi perut, urusan nak mengisi akaun Maybank2u, urusan nak berbakti kepada orang tua dan masyarakat lagi. Ni belum masuk urusan berbisnez dalam toilet. Mahu berjam2..Haha..Aku pulak free weekdays, weekend pergi ngajar tusyen sampai pkul 2ptg. Kalau jumpa dekat area2 aku tusyen (well, d only tempat is JJ Tebrau), tak pelah jugak. 5 mins away from my students' house. Ni jumpa kat CS, mahu sejam naik bas. Nak drive, tak berani la pulak. Jalannya dah macam ular nak buang air kecik je. LOL :DD

So, semalam kitaorang melepaskan rindu dendam tidak bertemu. Guan Ling slim syiot. Dah jadi amoi cun seh. I'm not saying that she is not before. NO! Maksud aku ialah dia semakin cun.Clap clap. Wei ching seperti biasa, semakin membesar.Haha..Owh tidak, nanti dia hukum pancung saya ye. Dia comel okay. Siap letak bunga kat telinga semalam. Well, she is a fashionista wpun bukan dalam kategori gurly geli.Heheee..Siap pening kepala macam mana nak reject seorang mamat yang dok ngorat2 dia selama ni sampai dia rasa mamat tu annoying giler. Finally, aku jugak yang tolong replykan mesej utk mamat tak faham bahasa tu. At last mamat tu cakap, up to you! Haaha.. Well Mr Annoying, if she said you are only her friend, don't push her okay. If you really love her, you should understand her n try to become a good friend. Not an annoying friend. If both of you are meant to be, she will be yours no matter where you are. Even if u are in north pole n she is in south, you'll meet somewhere in this world. If she is meant to be with you la.Huhu..

Okay, back to that film, Narnia. Well, i'm not so into it. I'll give 3 stars out of 5.Tak taulah kenapa. Mungkin sebab, duduk barisan yang agak depan n kena dongak sikit. Tu yang macam tak feel sangat. Plus, rushing je masa nak tengok movie tu. Tiket pukul 1.50. Kita orang pergi melantak kat secret recipe dulu sampailah pkul 1.50 pm. Tunggu makanan agak lambatlah. Padahal kami sampai secret recipe dalam pukul 12.50 kot. Dah makan, aku plak rushing nak zohor. So, lewat 10 mins. TApi diorang chill je.Aku sangat respect dengan mereka2 ini okay. Memang mereka sangat faham walaupun berbeza agama. In fact, member2 aku yang non-muslim semuanya sangat ok. Kalau kita hang out together pun, dia boleh je tunggu kami2 yang muslim ni solat... Maybe sebab tulah, aku tak ada rasa prejudis or skeptic dengan orang yang bukan berbangsa melayu sebabnya member2 aku yang non-malay semua sangat baik n sangat memahami. Giler2 n sempoi je. Tak ada nak racist ke hape. That's why , aku kurang suka dengan orang yang racist. So, racist, get out of my blog..huhu..

Okay, kamu2 yang nak tengok Narnia, selamat menonton dan mengenjoykan diri =)

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga menchentai ini~