Entri ni aku dapat dari forum travel. Lately aku selalu singgh Forum Cari , thread pelancongan. Best kot dapat baca pengalaman orang lain di negara luar.. So, tengah syok2 baca pasal tips for ladies to be a backpacker, adalah seorang hamba Allah tulis sesuatu yang boleh buat aku dan mungkin anda juga berfikir sejenak. Semoga semuanya boleh buat aku insaf dan menjadi orang yang lebih baik sari semalam. Amin...
___________________________________________________
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah
International, tetapi tanah perkuburan.
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani,
tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.
Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam,
tetapi adalah Munkar dan Nakir.
Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan
bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada
Syurga atau Neraka.
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di
bawahnya atau Neraka Jahannam.
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..
Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan terhempas atau dirampas,
oleh itu tidak perlu bimbang.
Sebarang sajian tidak akan disediakan,
oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya,
ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang
selera bersuka-ria.
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda
disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.
Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda.
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat!
Nama anda telah ditempah untuk penerbangan.
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
Wassalam�
Islam itu indah...
No comments:
Post a Comment