Sunday, December 5, 2010

Petrol dan gula naik lagi !

Kamu-kamu yang jadi pengguna tegar petrol, mesti sangat kecewa mendengar berita ini. Jantung mungkin seakan ingi keluar dari tempat persemayamannya. Hemo hemo~

Entah kenapa aku tak ada perasaan apa-apa dengar berita mendukacitakan rakyat jelata itu. Mungkin aku bukan dalam kategori pengguna petrol tegar. Drive kereta pun sabtu ahad je. Sebabnya nak pergi ajar tusyen. Hari-hari biasa jarang benar nak drive.Kalau drive pun sekali sekala nak pergi merayap. Mostly pergi tengok wayang or urusan-urusan lain. Tapi bukannya selalu. Diulang sekali lagi, sekali sekala je T____T

So, disebabkan bukan dalam kategori pengguna tegar, maka, dengan dukacitanya aku khabarkan bahawa berita menduakcitakan itu tidak memberi sebarang perasaan dukacita dalam hatiku yang tidak berduka kala ini, hanya stress memikirkan isu posting. Whoa~
And to be honest, aku tak pernah tahu pun berapa harga minyak seliter. Serius pengguna yang sangat teruk . Huhu. Yang aku tahu, kalau isi RM20, selalunya 2 bar akan naik and boleh tahan untuk 2 hari aku ngajar tusyen. In fact, banyak lebih kot. Boleh bawak meronggeng ke Kedah. haha~

Maka dengan itu, mulai hari ini aku berazam untuk ambil tahu harga minyak dan akan kucatatkan di dalam post kali so that i'll always remember it. Kalauu kita tulis akan lebih ingat kan. Macam konsep belajar jugak =)

Harga petrol Ron95 dan diesel naik 5 sen seliter , 5 sen bagi setiap kilogram Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen bagi satu kilogram gula berkuatkuasa semalam , 4 Disember 2010. Puncanya disebabkan harga kesemua barang ini yang naik di pasaran dunia. So, kerajaan tak boleh nak tampung jumlah subsidi yang banyak.

Harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Aku berazam untuk hafal harga ni mulai hari ini ~!

Sama juga dengan kenaikan harga gula sikit pun tak beri kesan pada jiwa raga aku. Hemo hemo. Aku juga bukanlah pengguna gula yang tegar, Malah aku lebih suka makanan yang kurang manis walaupun ibunda terchenta sangat menchentai makanan bergula. Dengan naiknya harga gula , aku harap orang-orang yang sebumbung dan sehabitat denganku akan mengurangkan pengambilan gula tapi menambah gula dalam senyuman. Eh salah, menambah manis dalam senyuman =)

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga menchentai ini~