Friday, October 15, 2010

Kisah kau, aku dan dia..

Aku melangkah lagi ke sini setelah hampir 7 tahun aku tidak kemari. Persekitarannya tidak banyak berubah. Hampir sama seperti lapan tahun lepas.Terasa hatiku berdebar-debar.Entah kenapa , aku pun tidak tahu.

Ada genang di kelopak mataku. Fikiranku menyorot kembali ke peristiwa lampau;kisah suka duka bersama.

- “Wei Ching, add math u da siap tak? The questions are very terrible. Want to die la..”

- “Oit korang nak tau tak,budak robot tu masuk tarian”

KAHKAHKAH!!!! Berderai tawa kami semua.

- “ Nas, I want u to make a report about our meeting today . Give it to me tomorrow k…” arahan Ketua Pengawasku, Christine Hor Pei Yi, seorang Ketua Pengawas yang aku cuku-cukup kagumi.

Banyak kenangan antara aku dan mereka yang masih tersimpan rapi dalam kotak ingatanku dan tak mungkin aku melupakannya.Mereka banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar.Kami bercerita bersama, makan bersama , menari, menyanyi dan … BERGOSIP BERSAMA! Hehe…

- “ Hey, u all nak tau tak, Farhan n Aisyah ada affair la”

- “Yeke? No wonder Farhan selalu pergi kelas Aisyah. Got prawn in the soup la!”Hehe…

Zaman remaja yang penuh keceriaan berputar-putar di mindaku.Tidak kusangka setelah tujuh tahun, aku kembali lagi ke sini. Namun yang pasti statusku sudah berubah.Jika lapan tahun lepas aku bergelar pelajar tapi kini aku bergelar pendidik, satu profesion yang tak pernah aku fikirkan. Life is unpredictable! Akhirnya , aku memilih juga profesion ini dan aku berharap agar aku dapat menjalankan amanah yang tergalas di bahuku dengan sebaik mungkin. Semoga ajaran dan pesanan pensyarah-pensyarahku akan sentiasa tersemat di hati.

Kaki melangkah melintasi kelas yang terletak bersebelahan dewan. Kelas ber’tile’ putih dengan locker di bahagian belakang kelas. 5 Amanah, kelas yang penuh cerita anak-anak remaja..

- “ 5 Amanah tu, kelas syok sendiri.Terpinggir dari kelas-kelas lain”



Itulah yang dikatakan oleh semua pelajar SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH, 2003. Memang tidak dinafikan, 5 Amanah terletak jauh daripada kelas-kelas lain dan satu-satunya kelas yang terletak di Blok A, Blok pentadbiran.Aku sendiri sehingga kini masih tidak mengerti mengapa kelas ini diasingkan.Mungkin kekurangan kelas. Telahku sendiri.Namun, yang pasti ramai pelajar yang cemburu dengan keistimewaan yang diberikan kepada kami. Kelas ber’tile’, locker bagi setiap pelajar dan kami akan memakai selipar di dalam kelas.

- “ Awak semua ni salah menggunakan kemudahan. Mentang-mentang ada locker, awak simpan semua dalam locker” Cik Norziah, guru Bahasa Melayu kami semua merangkap guru disiplin sekolah. Kami semua hanya tersenyum. Nak buat macam mana, orang dah beri kemudahan , kita gunalah sebaik mungkin :p

Memang benarlah orang kata, zaman sekolah itu zaman yang paling indah dalam hidup . Aku terlalu rindukan saat-saat itu. Kami berempat berkawan rapat. Aku, Jamiah, Christine dan tak ketinggalan kawan karibku, Yow Wei Ching.

- “ Hey Christine, what happen to ur ‘spiderman’ huh?”

- “ We have problemlah “

Itu cerita Christine, seorang Ketua Pengawas yang cukup berdedikasi. Ramai yang mengatakan bahawa Lembaga Pengawas mempunyai reputasi yang baik di bawah terajunya. Dan dia merupakan pelajar kesayangan Cik Norziah.

- “ Korang semua ni, boleh tak tolong susun selipar baik-baik lepas guna.Bla..bla…bla..bla…”

- “ Huh, ‘nenek’ dah membebel dah. Habislah….”

Jameah lain pula ceritanya. Tugasnya sebagai Penolong Kelas dipikulnya dengan penuh tanggungjawab . Walaupun dia suka membebel, tapi Jameah world!

- “Siapa yang paling suka buat bising dalam kelas?” satu hari, Cik Norziah bertanya kepada pelajar 5 Amanah.

- “Nasrifah dan Wei Ching!!!!” sepakat mereka menjawab.

Huh! Tak sangka mereka semua mewujudkan konspirasi mengenakan kami. Namun, sama ada aku atau Wei Ching, masing-masing tak boleh menafikan yang kami ni memang suka buat kecoh dalam kelas. Kami suka bercakap dan ketawa kuat-kuat. Namun, kekocohan kamilah yang menjadikan kelas 5 Amanah ceria. Hehe..

Tanpa kusedari, senyuman terukir di bibirku. Ah, kenangan itu terlalu indah bagiku. Walaupun menghadapi tekanan SPM, namun, kami masih boleh bergelak ketawa dan bergurau bersama. Namun kenangan tetap tinggal kenangan. Kini, kami semua memilih jalan yang berbeza.

Christine yang merupakan bekas graduan UPM kini menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Dan akhirnya dia bertemu jodoh dengan bangsaku sendiri. Dan yang paling tidak kusangka dia memilih ‘ Norziah Hor Abdullah’ sebagai namanya kini.

Jameah pula bekerja di Singapura dan mendirikan rumah tangga dengan uasahawan warga Kota Singa. Dia juga menetap disana dan telah pun mempunyai seorang cahaya mata.Penampilan barunya juga mengejutkan kami semua. Dia kini tidak ubah seperti seorang ustazah dan telah pun bergelar ‘hajah’.

Rakan karibku (Wei Ching) juga bekerja dan menetap di Kota Singa. Yelah, dia merupakan bekas graduan National University of Singapore (NUS), Bachelor of Biology. Namun, tidak seperti dua orang rakanku yang lain, dia masih tidak berpunya. Aku sendiri tidak faham dengan sikapnya yang satu ini. Wei Ching orangnya bijak,baik, cantik, pandai berjenaka namun dia masih sendiri. Bukan satu dua orang yang meminatinya. Terlalu ramai. Namun aku tahu, suatu hari nanti dia pasti akan berjumpa dengan seseorang yang berjaya mencuri hatinya…

Aku berharap semoga bersahabatan yang terjalin antara kami kekal untuk selamanya….

p/s:-

Untuk Christine, jameah and Wei Ching, minta maaf sekiranya tersalah tulis apa-apa dalam artikel ni. I juz want to say that I really miss u ol guys. I will always treasure our memories in SETA.

For Wei Ching, we really have a very good time in our school dayz, rite?. Ingat lagi tak, kita pernah dapat anugerah khas juri ‘Persahabatan Merentas Benua’. Tak sangka kan?! Most of the teachers know how close we r.

Untuk kawan2 5 Amanah n kawan2 kat SETA yang lain, sori coz tak include u ol semua dalam cerita ni. Frenz 4eva

____________________________________________________

Entri kali ni , aku copy n paste dr blog friendster yg dah lama aku tinggalkan.. tetiba teringat balik yg ak da wat entri ni kat fs 3 thn lepas.. tu yg p log in fs after like 1yr tak log in n copy this entry.. sebab apa? semalam , i went back to SETA (d best school in my heart) n apa yg ak ak cuba gambrkn dlm artikel ni 3 thn lepas , itulah yg ak rasa semalam.. masuk je pinti pagar, ak terus pandang 5A tapi kelas tu dah takde.. da jd bilik SAL.. rasa cam nak jerit n cakap ' I M BACK N I MSS U SETA ' !!!!

used to b my class now no more ;(


7 years ago.. i miss those days damn much !!

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga menchentai ini~