Monday, January 24, 2011

Pelangi selepas hujan...



Salam.
Sila jawab. Ustaz saya kata wajib tau. Teheee...

Lama dah tak update blog ini. Sibuk dengan beberapa urusan duniawi. Ya Allah, tak pernah nak habis dengan urusan dunia kan. Sila Miss Cheezy Cake pejam mata and muhasabah diri seketika!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ok,dah muhasabah. Clap clap~

Selama beberapa hari tak update, banyak benda yang dah berlaku. Salah satu kejadian yang menimpa di awal 2011 yang tak mungkin aku lupakan untuk seumur hidup. KEMALANGAN ! Ya, aku kemalangan semalam, 23/01/2011, tepat sebulan selepas kepulanganku dari Thailand. Masa aku berseronok bercuti di Siam, tidak pernah ku sangka untuk berada dalam keadaaan ini sebulan selepasnya.

Bahagian depan kereta hampir 80% remuk. Masa kemalangan tu, aku memang dah tak ingat apa2. Bila kereta berpusing hampir 331.15 degree T__T, aku rasa otak aku dah tak lekat kat kepala. Serius. Masa tu apa yang aku ingat is 'eh, aku ke yang tengah accident ni?'. It's true. Itu yang aku fikir waktu tu. Sempat juga aku fikir parents aku, especially maklah. Rasanya masa nak keluar rumah tadi tak salam emak. Ya, Allah dah tiba masanya ke aku pergi. Lepas tu bunyi...

BANG !!!!!!

Kepala aku terhantuk kat stereng. Cermin mata aku tercampak. Yang aku ingat, aku tengok depan tarik nafas and cari spec aku. Lepas tu kaku dalam kereta , tak tahu nak buat apa sampailah ramai orang ketuk2 cermin kereta aku suruh aku keluar sebab tangki minyak dah pecah. Takut kereta aku meletup. Baru aku tersedar. Lepas tu cari handphone aku yang dah tercampak entah ke mana (cuz aku letak hp kat poket pintu). Seorang pakcik tolong misscall and rupanya hp aku tercampak ke bawah kerusi. Aku terus call ayah. Mula2 aku cool and tak rasa apa. Cuma terkejut je. Tapi bila dah ramai yang berkerumun aku jadi panic sangat. Tiba-tiba air mata keluar. Tiba-tiba jadi takut. Tiba-tiba rasa tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba rasa nak ada poket doraemon and kembalikan semua jadi normal. Arghh... BUNTU !Lepas tu mak aku call , tanya sama ada aku ok ke tak. Aku nangis je. Tak tahu nak jawab apa.

Aku panjatkan syukur yang tak terhingga kerana aku masih diberi kesempatan untuk bernafas sekali lagi di Bumi Allah, diberi kesempatan untuk memperbaiki diri, diberi kesempatan untuk muhasabah dan diberi kesempatan untuk menuju jalan-Nya yang lebih baik, Insha-allah.. Nasib baik, cermin mata aku tak pecah and kaca tak masuk mata. Nasib baik aku terhimpit dan tulang aku tak patah. Syukur atas semuanya Ya Rabbi, Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Semoga aku belajar atas kejadian ini dan aku sangat bersyukur atas semuanya, syukur kerana aku masih mampu berada di sini dalam keadaan yang masih sama. Alhamdulillah..

Dan hari ini 24/01/2011, aku terima keputusan posting. Alhamdulillah sekali lagi. Aku ditempatkan di Johor dan Insha-Allah di sekolah yang terbaik untukku belajar menjadi pendidik yang berdedikasi dan memberi inspirasi. Teringat pesanan seorang pensyarah di UM, Dr Fatanah.

Seorang pendidik yang baik dan berkesan ialah pendidik yang mampu memberi inspirasi..

Aku ingin belajar menjadi pendidik seperti itu. Insha-Allah , optimis dan semangat =)
Ada hikmah di sebalik semua dugaan. Seperti kata-kata yang selalu kita dengar and baca..

Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan guruh dan kilat… Puas kita menangis…menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari kita… Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..:)

2 comments:

  1. Nasib baik selamat....kdg2 takut gak bawa kereta ni

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah sesangat..harap xtrauma nak drivela pasni..huhu

    ReplyDelete

Anda mungkin juga menchentai ini~