Matahari memancar terik tepat ke wajahku. Sungguh sukar rasanya untuk membuka kelopak mata. Dunia seakan berputar 360 darjah. Pening!
‘Di mana aku sekarang?’ getus hatiku sendiri. Tiada jawapan.
Tiba-tiba, ada satu benda tajam meghentak kaki kiriku. Aku mengerang kesakitan. Mata masih terpejam, belum jua mampu untuk dibuka.
‘Who are you?!’ kedengaran suara garau seakan-akan mengherdikku dekat dengan telinga kiriku. Dengan kudrat yang tersisa, ku cuba juga untuk membuka kelopak mata dan melihat apakah sebenarnya yang sedang berlaku.
Aku dikerumuni makhluk yang pelik sekali. Makhluk yang tidak pernah kulihat seumur hidupku. Binatang yang kelihatan seperti seekor lembu tetapi boleh bercakap seperti manusia. Hati mula gelisah. Entah apa makhluk ini akan lakukan padaku. Adakah mereka akan membunuhku. Oh, tidak! Ibu! Jeritku dalam hati. Kelopak mata mulai bertakung dengan air jernih. Hatiku kecut melihat wajah bengis makhluk separuh binatang separuh manusia itu. Ditambah dengan mata bulat mereka tajam memandangku.
‘She is a girl!’ seorang lagi makhluk aneh bersuara.
‘We should kill her’ seorang lagi menyuarakan pendapat. Aku masih tidak berganjak dengan tangan dan kakiku bergari. Tiada apa yang dapat kufikirkan untuk melepaskan diri dari tempat yang pelik dikelilingi makhluk-makhluk pelik. Pemandangan sekitarnya serba putih dilitupi ais. Tiada warna. Tempat itu seperti pernah kulihat namun dek ketakutan dengan jeritan dan pandangan bengis daripada makhluk aneh itu, persoalan itu terhenti di situ.
‘Yes, we should kill her. She is a threat to all of us!’ keras kedengaran kata-kata ini .
‘Kill her!Kill her!Kill her!’ sepakat mereka semua bersuara. Air jernih yang sejak tadi bertakung di kelopak mataku mulai tumpah. Apakah ini kesudahan nasibku. Berakhir di dunia asing yang tidak kuketahui dengan jelas di mana tempatnya.
Suara garau mereka yang meneyebut perkataan ‘Kill her’ semakin lama semakin kuat, memecah kesunyian malam, seolah-olah dapat didengari seantero alam maya. Tubuhku menggigil ketakutan.
Salah seorang daripada mereka menghala ke arahku dengan sebilah kapak besar tergenggam erat di tangan kanannya. Hatiku semakin kecut ketakutan. Tubuhku menggigil.Peluh memercik membasahi tubuh.Makhluk separuh manusia, separuh lembu itu menghayun kapaknya ke arah leher.Tak sanggup rasanya ingin melihat ketajaman kapak itu.
‘Wait!’, tiba-tiba kedengaran satu suara wanita .
The White Witch Aku terkejut. Kulihat ada seorang wanita berpakaian serba putih dengan wajah pucat sedang berjalan ke arahku. Dia memandangku tajam.Aku menundukkan wajahku .
‘Don’t kill her yet! We need to know who has asked her to come here, to our land. ’ tegas wanita itu memberi arahan.Mungkin dia ialah ratu kepada mereka semua.Telahku dalam hati.
Namun, sempat juga aku mencerna kata-kata yang diungkapkan ratu serba putih itu. Siapa yang mengarahkan aku ke sini? Apa yang dimaksudkan oleh mereka semua? Fikiranku semakin kusut dan berserabut. Aku semakin hilang dalam kekalutan ini. Semakin tidak mengerti apa sebenarnya yang sedang terjadi. Mungkinkah aku mengalami penyakit mental. Melihat sesuatu yang orang lain tidak boleh melihatnya.Mendengar sesuatu yang orang lain tidak boleh mendengarnya. Schizophrenia! Oh, tidak! Jeritku dalam hati semakin tidak keruan.
Aku kemudiannya diarahkan oleh ratu itu untuk dibawa ke bilik tahanan yang serba gelap tiada cahaya. Aku dikurung di situ entah untuk berapa lama aku sendiri tidak pasti. Setiap hari pasti orang suruhan ratu putih itu datang bertanyakan tentang manusia yang menghantar aku ke sini dan setiap kali itu jugalah aku mengatakan yang aku tidak mengenali mereka dan pastinya aku diseksa sepuasnya. Sungguh aku tidak lagi sanggup mengharungi hari-hari mendatang dengan seksaan tanpa henti.
Satu malam yang sunyi.Ketika aku cuba memejamkan mata dengan tubuh yang sakit tak terkata, kedengaran bunyi bising di luar sana. Mungkinkah istana putih ini diserang oleh musuh-musuh mereka.Aku berteka-teki sendiri. Ketakutan mulai melanda.
Sedang aku berteka-teki sendiri, tiba-tiba pintu bilik kurunganku dikuak dengan kasar. Aku lihat susuk tubuh seorang lelaki bertopeng besi mendekatiku. Pedang panjang tergenggam erat di tangan kirinya. Lagaknya seperti wira. Dia segera menggenggam erat tanganku dan membawaku keluar dari bilik kurungan itu. Aku yang masih kurang mengerti tidak mampu berbuat apa-apa.Lagipun langkahnya laju sekali. Makhluk-makhluk pelik yang menghalang perjalanan kami di tepis dengan pedang panjangnya. Kagum aku dengan ketangkasannya menggunakan pedang.
Istana ais yang menjadi tempat kurunganku. Aku di bawa ke satu tempat yang indah. Tampatnya menghijau, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, air sungai mengalir tenang, pokok-pokok megah berdiri dan daunnya melambai-lambai seolah-olah menyambut kedatangan kami dengan mesra. Suasana sungguh nyaman.Tidak pernah rasanya aku pergi ke tempat yang begitu seindah. Sungguh mendamaikan.
Pemandangan yang menghijau di Land of Narnia.
‘You are safe now’ kata lelaki bertopeng besi itu. Dia berjalan memegang tali kuda yang kami tunggang sebentar tadi. Khemah yang yang sudah kelihatan di pandangan mata menjadi tempat tujuan.
‘Who are you? And where am I?’ aku bertanya tidak sabar. Hati masih lagi ragu tentang tujuan lelaki ini membawaku ke mari.
‘I am Peter.Peter Pevensie. You are now in the Land of Narnia’ jawabnya sambil menghulur senyuman.
Aku membalas senyumannya. Sedikit lega kerana ku tahu aku selamat sekarang.
‘How did you end up here?’ dia bertanya pula.
‘I.. I don’t know. The last thing I remembered was this sweater that I wear right now. I was sitting somewhere and suddenly a very bright light appeared from the left side of my head. The light was so bright that they should have hurt my eyes but I was so lucky it did not. I don’t know what had happened to me after that. When I opened my eyes, I was already in that ice castle’ jawabku panjang kebar.
Dia sekadar memandangku. Mungkin masih hairan bagaimana aku boleh berada di situ. Sampai sahaja dikawasan khemah, aku di bawa berjumpa dengan ‘seseorang’. Sungguh aku terkejut. Orang yang dimaksudkan oleh Peter sebentar tadi adalah seekor singa yang boleh bercakap bernama Aslan. Makhluk-makhluk di sekelilingnya juga pelik. Separuh haiwan separuh manusia seperti di kawasan serba putih tadi. Namun, bezanya mereka melayan aku dengan baik tidak seperti di tempat sebelumnya. Hanya ada lima orang manusia normal di situ termasuk diriku sendiri.
Kawasan perkemahan Aslan. Aslan Aku diperkenalkan dengan adik-beradik Peter iaitu, Susan, Emund dan Lucy. Mereka kemudian menceritakan kepadaku bagaimana mereka boleh sampai di situ dari tempat asal mereka iaitu England dengan hanya memasuki sebuah almari pakaian yang terletak di sebuah bilik di rumah Professor Digory Kirke. Yang paling menghairankan aku adalah mereka berasal dari zaman yang berbeza denganku. Mereka berasal dari zaman perang sedangkan aku dari zaman moden. Namun aku tidak mempersoalkan lagi isu ini kerana segalanya yang berada di situ sudah cukup pelik . The magical land of Narnia!
Edmund, Peter (isn't he handsome?lol ;D), Lucy dan Susan. Aku sempat mengambil gambar mereka dengan telefon bimbit yang kebetulan berada dalam poket seluarku.haha Aku menyaksikan sendiri bagaimana mereka bertempur dengan White Witch, ratu putih yang jahat yang manahanku sebelum ini. Pertempuran itu memang dahsyat dan tragis. Tanpa bom dan senapang. Peperangan menggunakan senjata lama seperti kapak dan pedang . Aku menyaksikannya dengan mataku sendiri seolah-olah menyaksikan filem di pawagam. Selepas bertempur hebat dan ada nyawa yang terkorban, akhirnya kemenangan berpihak kepada Aslan dan wira-wira pimpinan Peter dan adiknya Edmund.
Pertempuran hebat antara tentera King Peter dan The White Witch. Akhirnya, Peter dan Edmund ditabal menjadi raja di Land of Narnia. Susan dan Lucy menjadi permaisuri.Mereka memerintah untuk beberapa ketika. Aku menyaksikan betapa rakyat Land of Narnia hidupharmoni di bawah pimpinan King Peter. Tiada lagi serangan musuh. Mereka memperkukuhkan empayarNarnia , the golden age of Narnia. Legasi yang menjadi sebutan ramai.Aku menjalinkan hubungan erat dengan mereka berempat terutama sekali Peter. Dia melayan akudengan baik sekali.
Lucy menunjukkan tempat di mana segalanya bermula. Pada suatu petang , aku berjalan bersiar-siar di tepi pantai Narnia. Pasirnya putih dan halus. Airnya jernih seperti kristal. Tiba-tiba Peter datang ke arahku berseorangan. Aku jadi tak keruan. Entah kenapa tiba-tiab hatiku berdegup kencang. Tanganku mulai berpeluh. Aku jadi seba tak kena.Peter melemparkan senyuman ke arahku.
Pantai yang ku maksudkan di atas. ‘What a Handsome king he is..’ detikku dalam hati. Entah kenapa perkataan itu yang terdetik hati. Bukannya kali pertama aku melihat senyumannya. Sudah banyak kali melihatnya. Namun, entah kenapa senyuman itu kulihat berbeza kali ini. Hatiku jadi gundah gulana.
‘Hi’ Peter menyapaku.
‘Hi’ ak membalas cuba menyembunyikan debar di hati.
‘I wanna tell you something but.. I .. I don’t know where to begin with..’ Kata-katanya terhenti. Kemudian dia menghulurkan sekuntum bunga ros merah kepadaku. Aku tergamam.Apa makna semua ini. Adakah aku sedang bermimpi.Lelaki kacak itu memberiku sekuntum bunga. Terasa seolah-olah tubuhku di awang-awangan. Adakah dia ingin meluahkan rasa hatinya kepadaku. Aku terbuai oleh perasaanku sendiri. Terasa seperti ada tangan yang menepuk bahuku. Adakah Peter menepuk bahuku?
‘Nas..Nas..’ tangan itu semakin kuat menepuk bahuku. Peter semakin hilang dari pandangan. Apakah yang sedang berlaku ini? Mengapakah tiba-tiba Peter menjauhiku?
‘Nas bangunlah. Ko ni kena sampuk ke ape?’ tiba-tiba ada percikan air terkena wajahku.
Aku terkejut.Mata segera kubuka. Aku lihat sekelilingku. Tiada lagi pasir yang memutih. Tiada lagi air jernih mebiru di hadapanku. Tiada lagi bunga ros merah di genggamanku. Tiada lagi King Peter yang kacak itu. Yang ada hanyalah pemandangan di depan rumahku. Di sebelahku kakak yang sedang melihatku kehairanan. Aku masih memakai sweater yang aku pakai kali pertama aku sampai ke Land of Narnia. Di genggamanku sebungkus plastic tertulis ‘Klinik Penawar’. Aku berada di dalam perut kereta.
‘Ko ni, bukan demam tapi kena sampuk aku rasa. Siap meracau. Sebut nama Peter bagai’ kakakku bersuara.
Aku tersengih memandangnya. La.. ak mimpi rupanya. Ceh~
Aku ingatkan betullah aku sampai ke Land of Narnia. Ingatkan betullah King Peter syok kat aku. Haha.. Syok sendiri rupanya =p
‘Ko ni demam panas ke demam nak tengok Narnia kat wayang ni?’ perli kakakku.
Barulah aku ingat. Petang tadi aku pergi klinik sebab pening kepala dan demam. Dalam perjalanan balik, aku ternampak iklan di tepi jalan tentang filem Narnia yang baru. Tu yang berangan sampai boleh jumpa King Peter..hehe…
___________________________________________________________________________________________________________________
p/s : I wrote this entry just for d sake of winning the awesome prizes courtesy of GSC-EON Bank Credit Card. Click here for more informations about GSC-EON Bank contest http://www.gsc-eonbankcard.com/
I really think hard to write this as I am not good to put situations in words. It’s really2 hard you know. It take hours to finish this entry.Aih.. just try my luck. Brand New Sony Ericsson Xperia™ X10 worth RM1,999 is d prize babes. Yes, u heard me right. SONY XPERIA.$$$ ;p