Wednesday, November 10, 2010

Nangka masak lemak @ OPOR NANGKA =)


Bahan2 untuk diblender/ditumbuk :


6 biji cili kering
1cm Kunyit
1cm Halia
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1/2 batang serai

Bahan2 lain:

Santan kelapa (asingkan perahan yg pertama and perahan yang selepasnya)
Daun limau
1-2 batang serai
Bawang goreng
Nangka mentah yang telah dipotong (jgn terlalu kecil)

Cara2:

- Masukkan santan perahan yang kedua and nangka ke dalam periuk
- Masukkan juga bahan2 yg telah diblender ke dalam periuk. (bahan2 ini hendaklah ditumis terlebih dahulu)
- Masukkan sekali daun limau and serai yang telah disimpul ( tujuannya utk menambah aroma opor)
- Biarkan mendidih n tunggu sampai nangka empuk. Kemudian tambahkan perahan santan yang pertama . Santan pertama dimasukkan akhir sekali utk elakkan pecah minyak.
- Biarkan sehingga mendidih sambil dikacau perlahan2 utk elakkan pecah minyak.
- Bila opor dah masak, bolehlah dihidangkan n ditabur bawang goreng di atasnya.

Selamat mencuba =)

Friday, November 5, 2010

Surat daripada seorang perempuan untuk future hubby =p


ok, entri sebelum ni ada citer pasal surat dr sorg lelaki utk future wife dia. Pastu ada plak yg kreatif wat reply utk surat tersebut. Here it goes..


p/s : ini hanyalah copy n paste dr FB. Nama penulis asal tidak diketahui. Sekiranya anda penulis itu, do let me know, i'll giv credit to ya =)

_____________________________________________________________________

Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).

Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)

Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersangsudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,

Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surahJuz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

Oh laling,

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.

Jangan pulak asyik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!). Tapi syaratnye laling kenalahtolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak.Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,

Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la lalingsweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikanblindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,

kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beliLCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorang nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^

:: ok tak camnie? hehe ::

Tuesday, November 2, 2010

Aku, bas dan kamu ♥♥♥

Ok, entri kali ni aku nak cerita pasal bas. Almaklum, basla yang setia menemani ak ke mana saja aku nak pergi. Aku sangat cintakan dan perlukan bas okay..BAS, i ♥♥♥ YOU..wewit~
Selama ak hidup lebih kurang 18 thn (fewiit..muda seh aku..haha), banyak sangat kejadian2 n peristiwa2 menarik yg telah berlaku dalam kenderaan termahal n terhangat n terhanget gak (serius hanget tau bau bas yg crowded..fuh, boleh buat trauma). Ak nak tulis 3 peristiwa terpaling indah berkaitan bas. Tanpa membuang masa, kita mulakan carta kita dengan kedudukan yang ke-3. Jeng3!

#3 : Aku ,Intan n bas UM.


Inilah antara perkhidmatan bas UM. Ada gak bas yg da lama giler. Aku rasa masa zaman Prof aku wat degree kat UM pon , bas buruk tu da ada. Buruk2 pun, nostalgic okay =)

Alkisahnya, kejadian ini berlaku kira2 7 bulan yang lepas. Masa tu dah petang, aku n Intan baru habis lab(tak silap akulah). Seperti biasa, bus stop belakang library la jadi tempat menunggu apa2 yg patut ditunggu.. dalam beberepa ketika selepas seekor ayam jantan bertelur, barulah bas sampai. Aku n Intan apa lagi, dengan rasa terujanya terusla pergi ke aras bas tu. Si Intan ni pulak dengan penuh confident terus masuk and cari tempat duduk..Masa tu bas tak delah penuh , tapi adalah dalam 15-20 org penumpang. Aku tetiba rasa cam ragu2 la pulak sebabnya bas UM tu ada dua kategori..Pertama, bus shuttle dalam UM je n yg ke2 bas yang pergi ke area Pantai Dalam. So, utk mengelakkan tersalah naik bas n membazir masa pusing2 dalam UM (almaklum, masa itu nyawa. Masa yg berfaedah baik digunakan untuk mengulangkaji kan.. koya =_='), ak pon ambil keputusan utk tanya pakcik bas. Sekali pakcik tu kata , ni bas shuttle.. Ak pon cakaplah kat Intan yg dah ada kat bahagian belakang bas dengan pitching suara yg terbaek..hehe..

'wei Intan, bas ni tak p pantai dalam la.. ' suara merdu ak memanggil si Intan..
' Ala yeke? ,malu ah aku..' Intan dengan blur nya turun dari bas sambil mengungkapkan dialog tersebut..

Aku n Intan gelak2 la bila dah turun... Tapi aku takdelah rasa malu or segan.. Standardlah salah naik bas.. Sekurang2nya, aku tak malu bertanya n xsesat jalan.ye dok? Yang jadi kisah sekarang si Rashidah yg kebetulan ada dalam bas tu boleh tulis peristiwa ni kat FB.. Rupa2nya, budk2 dalam bas tu boleh gelakkan kitaorg.. ceh~


#2 : Aku, Meah, Yatt n bas Maju.


Nilah bas maju yg selalu aku naik tapi bas ni tak pergi ke kawasan umah aku.


Peristiwa ni berlaku dalam tahun 2004 or 2005. Alkisah, aku, yatt n meah balik sekolah naik bas. Kitaorg kena tukar 2 bas. Dari sekolah ke bus stop kat depan post ofis JB n then baru naik bas ke tempat masing2. Kebetulan, kitaorg boleh naik bas yg sama utk balik rumah.Aku memang selalu berkejar2 cuz bas yang nak pergi ke Kota Masai, pasir gudang (aku sekolah kat JB) datang dalam lebih sejam sekali je.. Kebetulan time aku balik sekolah, dia akan sampai.. lau aku miss bas tu , means ak kena melangok kat bus stop dalam sejam lagi.. So, seperti biasa dengan pegangan kuat bahawa masa itu nyawa n seeloknya digunakan utk belajar (sekali lagi koya..haha), ak mesti rushing nak balik.

Satu hari, ak , meah n yatt tersampai agak lambat sikit ke bas stop kat pos ofis tu sebabnya seperti biasa discussion . study group ( ayat ni sangat menyampah utk dibaca kan n nampak sgt menipunya..lol). Kebetulan bila kitaorg turun dari bas dari sekolah, bas yang nak pergi ke umah aku tu da nak jalan. Aku apa lagi, berlari sekuat hatilah kejar bas tu dengan baju kurung n bag sekolah. Aku sempat ketuk2 bahagian belakang bas dengan harapan pakcik driver perasan n berhenti. Si yatt ada kat belakang aku sambil lari2 anak n gelak2. Yang tak boleh tahan n paling wat aku rasa cam nak gelak bila ingat balik ialah Meah. Meah ni memang senpoi orangnyer. Sekali dia gelak, memang meletops u. Bla dia tgk aksi aku berkejar2an dengan bas, dia boleh gelak sakan. Korang2 yg kenal si Meah (oppsss..Puan Meah ye,,hehe), confirm korang boleh imagine dia gelak. Dia punya gelak memang attract perhatian orang2 yg ada kat bus stop tu la.. Imagine waktu tu waktu kemuncak.. so penuhlah bus stop tu.. Maka , kami bertiga menjadi tontonan ramai org seperti badut kat bday party..LOL ;DD.. tapi nasib baik, pakcik bas berhenti.. berbaloi gaklah jadi badut gak sekejap..hehe..
kalau lah ada yg capture gambar waktu tu, memang akan jadi khazanah n harta paling berharga la dalam hidup aku..

ok, kita da tgk carta kedua n ketiga. Sekarang tibalah masa untuk tgk tangga pertama dalam carta 'Aku, bas dan kamu'..

# 1 : Aku, shamira n bas UM.


Nilah yang aku maksudkan dengan duduk bertentangan antara satu sama lain. Ini bukan dalam bas UM. Bas UM belum ada wifi (setahu cek sampai cek grad belum ada lagilah). Insha-allah in d future kot =)


Okay, kisah ni memang buat aku n shamira gelak berminggu2 lamanya. Peristiwa ni berlaku lebih kurang setahun yg lepas. Masa tu kitaorg dalam bus UM , baru balik camping kat Gombak. Kiranya otw nak balik UM la. Sebelum aku cerita pasal insiden, aku brief sikit pasal bas UM yg kitaorg naik tu. Bas UM ni tempat duduk dia bukan dalam kedudukan memandang cermin depan tapi memangdang cermin sisi. maksudnya, penumpang akan saling duduk bertentangan muka antara satu sama laib. D only kerusi yg dalam kedudukan biasa (memandang ke arah cermin depan) is tempat duduk yg paling belakang sekali. And lagi satu, bahagian belakang bas ni agak tinggi, kira-kira 3 anak tangga dari bahagian depan bas.

Masa nak pergi Gombak dulu, aku duduk bahagian tengah bas. Tapi seyes pening n rasa nak muntah cuz duduk berhadapan antara satu sama lain n jalan ke gombak tu bersimpang siur. So, ak memang nekad nak gak dok bahagain belakang bas bila balik nanti. Maka, bila sampai hari nak balik, ak dengan riangnya terus cop 2 tempat kat belakang, satu utk aku n satu utk shamira. pastu, ramai gaklah yg duduk kat belakang tu (kerusi ada satu yg panjang..memang duduk agak berhimpitla..kitaorg tak kesah,,janji xpening).

Ok, setle dah masalah tempt duduk.. Ingatkan bolehlah tidur sepanjg perjalanan ke UM yg kira2 sejam. Memang tersangat penat okay.. mana taknya, pagi tu kitaorg pergi jungle tracking dlm hutan ..turun naik bukit, meredah hutan belantara, mengharungi sungai , bertarung dengan beberapa ekor harimau Malaya (LOL :DD), so, korang memang boleh imagine betapa letih n sengalnya otot2 kitaorg kan.kan3? ;p

Tengah syok2 mata da kuyu, alam mimpi pon dah nak menjelma, dan ada yg da terbang sampai Paris, tiba2 , bas yg dipandu laju berhenti mengejut. Maka , di sinilah konsep inertia dapat diperhatikan secara jelas.

okay, jom revise fizik jap . what is inertia?

"An object at rest tends to stay at rest and an object in motion tends to stay in motion with the same speed and in the same direction unless acted upon by an external force"

So, dengan aplikasi inertia la, kitaorg yg duduk kat bahagian belakang bas terpelanting ke depan. Ada yg sempat pegang kerusi bahagian depn or berpaut pd kawan yg lain. Yg paling teruk sekali, ak n shamirala cuz kitaorg dok bahagian tengah. so, xble nak pegang ape. Shamirah jatuh macam nangka busuk ke bahagian tangga. Nasib baik tak jatuh tangga kalau tak dah macam pepatah ' sudah jatuh ditimpa tangga'. Aku plak, jatuh atas shamira. So, memang double trouble la si best fren aku tu. Budak2 lain, memang tak gelak sakan, tapi tersengih2 tahan nak ketawa kot. Yelah, takkan la nak ketawa terbahak2 kan. Aku n shamira dengan muka tak bersalah, bangun n duduk balik tempat kitaorg.. Aku pandang shamira, shamira pandang aku n kitaorg gelak. Lepas tu da tak tidolah lagilah.. And peristiwa ni memang buat aku n shamira gelak utk berminggu2 lamanya. Even kalau ingat waktu skrg pon, ak still ble rasa cam nak gelak. Yg paling tak tahan, ekspresi muka masing2.

Inilah top 3 cerita aku, kamu dan bas. Kamu ada? =)

Saturday, October 30, 2010

MRSA. Jenama baju barukah?

Pernahkah kamu2 di luar sana dengar/baca tentang MRSA? Ia merupakan satu jenama fesyen yang amat digemari oleh Jeniffer Lopez @ JLO !!

Kamu tak pernah dengar? sungguh ??

okay, memang sesungguhnya kamu tak akan pernah mendengar jenama ini tp bagi kamu2 yang terlibat dalam bidang perubatan, mikrobiologi, ataupun yang pernah menonton rancang OPRAH, mesti kamu pernah mendengarnya..

D truth is MRSA stand for Methicillin-resistant Staphylococcus aureus; a bacterium dat eat ur cell.. sounds disgusting n scary rite? i neva heard abt this bacterium before but once i knew abt it, i feel like this world is not safe anymore not only bcuz d ppl live on it make it unsafe but other new destructive species are widely- spread and they r so harmful to homo sapien like you, like me !!

According to Dr. Oz fr Oprah show , this MRSA is found anywhere especially in school, hospital n gym. School?? are u kidding? dats where i wud spend most of ma time.. no kidding babes~
Each and every1 of us are easily exposed to this bacteria .. In fact, we might hv this bacteris on our skin,If we get cut , these bacteria will get deeper into our cell body n creates 'bridge' to ur mucsle n it will start to colonize your muscle and within a blink of eye, ur muscle cells will b destroyed. It might get deeper and infect ur organ n by dat time , its fatal ! According to him, if u dont get proper treatment within 48hrs after infection, u r in high risk. Even worst, u might be amputated or saying good bye to ur loves. And of course , it's His Will and His right to take away His seravnt's lives.. Ya Rabbi, forgive me 4 all my wrongdoings.. Astaghfirullah..

And what make dis bacterium so harmful is it is methicillin resistant @ antibiotic cannot KILL them.. they are really a genius evolution of bacterium..

Here are some precautions to be followed :
a) Always wash ur hand
b) If u have high fever, do seek ur doctor okay.. dont delay.. u might b d next victim.. Nauzubillah..
c) Cover u skin-cut properly

Harap information ni boleh menyedarkan kita betapa pentingnya menjaga kebersihan =)

p/s : okay, post kali ni agak serius sikit kan.. N memang seriusly rasa cuak gak masa tgk OPRAH hari ni. N sorry i couldnt attach photos here bcuz everytime tgk gambar patients infected with diz bacteria, mesti rasa gatal satu badan.. tak bolehla tgk2 gambar2 yg bernanah, kudis.. so, u guys google sndr okay..

Tuesday, October 19, 2010

Pizza time~


Bahan2 doh:

250 g tepung gandum
175 ml air
2.5 g yis segera
5 g garam
12.5 g minyak

Cara membuat doh piza :

1) Campur tepung , garam n yis.Gaul hingga rata
2) Lubangkan tengahnya, masukkan minyak n air.Gaul jadikan doh.
3) Uli hingga lembut n after dat, let it rest for abt 15 mins.

Bahan2 sos piza:

1biji Tomato potong dadu
2biji Bawang besar
1 sudu besar tomato puree
2 biji bawang merah cincang
oregano n bay leaf (kalau adalah ;p)
garam secukup rasa
minyak masak

Cara membuat sos :

Tumis je semua bahan tadi sehingga naik bau n sedap rasanya...

selamat mencuba =)

Monday, October 18, 2010

Surat daripada seorang lelaki kepada 'future wife'.. soooo sweet ♥♥♥


Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.


p/s : credit to Nabila husna (FB) for this luvly letter.. copy n paste jelah yg terdaya.. belum mengusai bahasa jiwang tahap tinggi..LOL :DD

Friday, October 15, 2010

Kisah kau, aku dan dia..

Aku melangkah lagi ke sini setelah hampir 7 tahun aku tidak kemari. Persekitarannya tidak banyak berubah. Hampir sama seperti lapan tahun lepas.Terasa hatiku berdebar-debar.Entah kenapa , aku pun tidak tahu.

Ada genang di kelopak mataku. Fikiranku menyorot kembali ke peristiwa lampau;kisah suka duka bersama.

- “Wei Ching, add math u da siap tak? The questions are very terrible. Want to die la..”

- “Oit korang nak tau tak,budak robot tu masuk tarian”

KAHKAHKAH!!!! Berderai tawa kami semua.

- “ Nas, I want u to make a report about our meeting today . Give it to me tomorrow k…” arahan Ketua Pengawasku, Christine Hor Pei Yi, seorang Ketua Pengawas yang aku cuku-cukup kagumi.

Banyak kenangan antara aku dan mereka yang masih tersimpan rapi dalam kotak ingatanku dan tak mungkin aku melupakannya.Mereka banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar.Kami bercerita bersama, makan bersama , menari, menyanyi dan … BERGOSIP BERSAMA! Hehe…

- “ Hey, u all nak tau tak, Farhan n Aisyah ada affair la”

- “Yeke? No wonder Farhan selalu pergi kelas Aisyah. Got prawn in the soup la!”Hehe…

Zaman remaja yang penuh keceriaan berputar-putar di mindaku.Tidak kusangka setelah tujuh tahun, aku kembali lagi ke sini. Namun yang pasti statusku sudah berubah.Jika lapan tahun lepas aku bergelar pelajar tapi kini aku bergelar pendidik, satu profesion yang tak pernah aku fikirkan. Life is unpredictable! Akhirnya , aku memilih juga profesion ini dan aku berharap agar aku dapat menjalankan amanah yang tergalas di bahuku dengan sebaik mungkin. Semoga ajaran dan pesanan pensyarah-pensyarahku akan sentiasa tersemat di hati.

Kaki melangkah melintasi kelas yang terletak bersebelahan dewan. Kelas ber’tile’ putih dengan locker di bahagian belakang kelas. 5 Amanah, kelas yang penuh cerita anak-anak remaja..

- “ 5 Amanah tu, kelas syok sendiri.Terpinggir dari kelas-kelas lain”



Itulah yang dikatakan oleh semua pelajar SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH, 2003. Memang tidak dinafikan, 5 Amanah terletak jauh daripada kelas-kelas lain dan satu-satunya kelas yang terletak di Blok A, Blok pentadbiran.Aku sendiri sehingga kini masih tidak mengerti mengapa kelas ini diasingkan.Mungkin kekurangan kelas. Telahku sendiri.Namun, yang pasti ramai pelajar yang cemburu dengan keistimewaan yang diberikan kepada kami. Kelas ber’tile’, locker bagi setiap pelajar dan kami akan memakai selipar di dalam kelas.

- “ Awak semua ni salah menggunakan kemudahan. Mentang-mentang ada locker, awak simpan semua dalam locker” Cik Norziah, guru Bahasa Melayu kami semua merangkap guru disiplin sekolah. Kami semua hanya tersenyum. Nak buat macam mana, orang dah beri kemudahan , kita gunalah sebaik mungkin :p

Memang benarlah orang kata, zaman sekolah itu zaman yang paling indah dalam hidup . Aku terlalu rindukan saat-saat itu. Kami berempat berkawan rapat. Aku, Jamiah, Christine dan tak ketinggalan kawan karibku, Yow Wei Ching.

- “ Hey Christine, what happen to ur ‘spiderman’ huh?”

- “ We have problemlah “

Itu cerita Christine, seorang Ketua Pengawas yang cukup berdedikasi. Ramai yang mengatakan bahawa Lembaga Pengawas mempunyai reputasi yang baik di bawah terajunya. Dan dia merupakan pelajar kesayangan Cik Norziah.

- “ Korang semua ni, boleh tak tolong susun selipar baik-baik lepas guna.Bla..bla…bla..bla…”

- “ Huh, ‘nenek’ dah membebel dah. Habislah….”

Jameah lain pula ceritanya. Tugasnya sebagai Penolong Kelas dipikulnya dengan penuh tanggungjawab . Walaupun dia suka membebel, tapi Jameah world!

- “Siapa yang paling suka buat bising dalam kelas?” satu hari, Cik Norziah bertanya kepada pelajar 5 Amanah.

- “Nasrifah dan Wei Ching!!!!” sepakat mereka menjawab.

Huh! Tak sangka mereka semua mewujudkan konspirasi mengenakan kami. Namun, sama ada aku atau Wei Ching, masing-masing tak boleh menafikan yang kami ni memang suka buat kecoh dalam kelas. Kami suka bercakap dan ketawa kuat-kuat. Namun, kekocohan kamilah yang menjadikan kelas 5 Amanah ceria. Hehe..

Tanpa kusedari, senyuman terukir di bibirku. Ah, kenangan itu terlalu indah bagiku. Walaupun menghadapi tekanan SPM, namun, kami masih boleh bergelak ketawa dan bergurau bersama. Namun kenangan tetap tinggal kenangan. Kini, kami semua memilih jalan yang berbeza.

Christine yang merupakan bekas graduan UPM kini menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Dan akhirnya dia bertemu jodoh dengan bangsaku sendiri. Dan yang paling tidak kusangka dia memilih ‘ Norziah Hor Abdullah’ sebagai namanya kini.

Jameah pula bekerja di Singapura dan mendirikan rumah tangga dengan uasahawan warga Kota Singa. Dia juga menetap disana dan telah pun mempunyai seorang cahaya mata.Penampilan barunya juga mengejutkan kami semua. Dia kini tidak ubah seperti seorang ustazah dan telah pun bergelar ‘hajah’.

Rakan karibku (Wei Ching) juga bekerja dan menetap di Kota Singa. Yelah, dia merupakan bekas graduan National University of Singapore (NUS), Bachelor of Biology. Namun, tidak seperti dua orang rakanku yang lain, dia masih tidak berpunya. Aku sendiri tidak faham dengan sikapnya yang satu ini. Wei Ching orangnya bijak,baik, cantik, pandai berjenaka namun dia masih sendiri. Bukan satu dua orang yang meminatinya. Terlalu ramai. Namun aku tahu, suatu hari nanti dia pasti akan berjumpa dengan seseorang yang berjaya mencuri hatinya…

Aku berharap semoga bersahabatan yang terjalin antara kami kekal untuk selamanya….

p/s:-

Untuk Christine, jameah and Wei Ching, minta maaf sekiranya tersalah tulis apa-apa dalam artikel ni. I juz want to say that I really miss u ol guys. I will always treasure our memories in SETA.

For Wei Ching, we really have a very good time in our school dayz, rite?. Ingat lagi tak, kita pernah dapat anugerah khas juri ‘Persahabatan Merentas Benua’. Tak sangka kan?! Most of the teachers know how close we r.

Untuk kawan2 5 Amanah n kawan2 kat SETA yang lain, sori coz tak include u ol semua dalam cerita ni. Frenz 4eva

____________________________________________________

Entri kali ni , aku copy n paste dr blog friendster yg dah lama aku tinggalkan.. tetiba teringat balik yg ak da wat entri ni kat fs 3 thn lepas.. tu yg p log in fs after like 1yr tak log in n copy this entry.. sebab apa? semalam , i went back to SETA (d best school in my heart) n apa yg ak ak cuba gambrkn dlm artikel ni 3 thn lepas , itulah yg ak rasa semalam.. masuk je pinti pagar, ak terus pandang 5A tapi kelas tu dah takde.. da jd bilik SAL.. rasa cam nak jerit n cakap ' I M BACK N I MSS U SETA ' !!!!

used to b my class now no more ;(


7 years ago.. i miss those days damn much !!

Anda mungkin juga menchentai ini~