Seribu kata tak mampu menzahirkan sebuah cerita... What you see isn't the story..
Thursday, November 18, 2010
Selamat Hari Raya Aidil Adha ~
Tuesday, November 16, 2010
Not everyone get things on a silver platter..
Bila kebanyakan daripada kita makan berlaukkan seribu satu jenis hidangan, ada sesetengah daripada kawan kita di luar sana terpaksa beralas perut berminggu-minggu lamanya tanpa sebutir nasi pun singgah di tekak.
Bila kebanyakan daripada kita bermewah-mewahan dan berhambur-hamburan dengan barangan berjenama; kasut, baju, malah beg tangan yang hanya boleh memuatkan kad pengenalan dan handphone berharga ratusan malah ribuan ringgit, ada sesetengah daripada kawan kita di luar sana tanpa ada pilihan terpaksa memakai pakaian yg koyak rabak, berselipar jepun yang sudah terlampau nipis tapaknya, dan hanya mampu memakai bag plastik yang layaknya digunakan untuk membungkus sampah.
Bila kebanyakan daripada kita mengeluh begini..
'Kenapalah hidung aku tidak semancung dia, kenapalah kulitku tidak secerah dan selicin dia, kanapalah aku tidak setinggi Naomi Campbell, kenapalah aku tidak secantik Rozita Che Wan, dan jutaan lagi kenapalah...'
Tapi ada sesetengah daripada kawan kita di luar sana hanya mampu berjalan dengan bantuan kerusi roda, atau mungkin tidak mapu berjalan langsung. Terlantar untuk seumur hidupnya, sedangkan kita masih mampu berjalan dengan normal walaupun kaki kita tidak sepanjang kaki model .
Ada juga rakan kita di luar sana yang terpaksa bernafas dengan bantuan pernafasan sehingga ke hujung nyawa, sedangkan kita masih lagi mampu menyedut oksigen kurniaan Allah walaupun mungkin hidung kita tidak semancung Ashwarya Rai.
Ada juga rakan kita di luar sana terpaksa hidup dengan hinaan dan cacian dek penyakit kulit yang dialami sejak lahir , sedangkan kita masih boleh berjalan ke Mid Valley, ke City Square, ke Time Square dengan selamat tanpa wujud pandangan sinis daripada org sekeliling walaupun mungkin kulit kita tak selicin model SKII.
Terlalu banyak sebenarnya nikmat yang Allah berikan pada kita namun kita pandang remeh dan jarang sekali kita ungkapkan rasa syukur. Kita selalu berharap menjadi orang lain atau berharap semua yang sempurna itu milik kita. Padahal kita lupa nobody is perfect! Tiada sesiapa pun didunia ini sempurna. Kalau kita rasa orang lain itu hidup mewah, berharta, cantik dan menjadi kegilaan ramai, fikirlah sekali lagi. Mungkin di sudut yang lain yang mungkin tersembunyi daripada pandangan mata kita , tersembunyi kekurangan lain yang ada pada mereka. Seperti mana yang dinyatakan oleh Donal Trumph dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.
Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Oleh itu, marilah kita sama-sama ungkapkan rasa syukur atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Dan sama ada kita sedar atau tidak, semua nikmat itu diberikan secara percuma tanpa bil bulanan. Bayangkan sekiranya untuk sekali sedutan oksigen kita dikenakan caj oleh Yang Maha Esa, saya yakin kita tidak mampu untuk membayarnya dan menikmati bumi Allah yang indah. Itulah buktinya betapa Maha Penyayang dan Maha Pengasihnya Rabbul 'Alamin, memberi nikmat tak terhingga untuk semua makhluk ciptaan-Nya.p/s : I feel like to write this entry after i'd finished watching a documentary about a Siamese twins in Okto channel ( a singapore channel. Thats the best part staying in JB.You can watch Indonesia and Singapore channel for free^^). The twins faced a lot of difficulties to do their chores even to walk for 5 minutes, they find it very difficult. So guys (including myself), be thankful to The Almighty because not everyone get things on a silver platter.
Saturday, November 13, 2010
♥ HisToiRe D'amOuR ♥
Korang taw ke ape maksud title tu?
Ape? Tak taw? syian~
Ok, meh cek ajar bahasa French. As if im a french-spoken ;p
Maksud title tu adalah L.O.V.E S.T.O.R.Y.
Jgn salah faham ye. Bukan cek nak citer sapa buah hati cek ka (eh, cek adakah? LOL), bukan juga nak citer sapakah first love cek. Bukan2~!
Entry kali ni tiada kena mengena ngan cinta cintun empunya blog tapi tentang Miss Cheezy Cake pergi kendui kawen ex-classmate dia. wah,, tua dah rupanya Miss Cheezy Cake eh. Boleh plak, dia ngaku umur 18 thn kat entry sini. Eh2, bukan tuala, tapi dewasa..weee ;p
Okay, nama pengantin perempuan merangkap sahabat lama cek ialah Farinny Ismail. Nama pasangan terlupa plak nak tgk kad event yg dia tag kat FB. huyyo, ni trend betul2 ble jimat duit hantar invitation kad ;)
Well, cek setuju. Watpe bazir duit buat kad cantik2, last2 org buang gak dalam tong sampah.. membazir tu,,membazir kan amalan syaitooon. Tag or RSVP kat FB pon dah cukup. Majority org ada FBla skg. Ayah cek yg agak2 rabun IT pon ada .Wah, canggih seh ayah cek ~
Masa kat majlis Fareen td, dapat gaklah jumpa some of my ex-schoolmates yg dah lama xjumpa.Kira mini gathering la. Tak yah susah2 wat reunion makan kat hotel. Pergi kenduri kawen member pon ble jumpa ramai kawan lama. Jimat pon jimat, ble makan nasi minyak percuma.LOL :DD
Anyway, cek doakan semoga fareen n pasangan menjadi keluarga sakinah, mawaddah warahmah, dikurniakan anak2 yg soleh n solehah n hidup berbahagia selamanya. Amin ~
Friday, November 12, 2010
When will be my next convocation? *sigh*
NO, i'm not~!
Taklah dissappointed cuma curious nak taw bilakah agaknya aku boleh sambung master n PhD. Bukan apa seh, jeles tgk some of my ex-classmates dah sambung master n some dah nak wat PhD (firs-class degree holder). D best part is most of them further their studies in overseas. Lagi gempak kat univerity of cambridge (currently in d first place of the best university in the world) n other universities n mostly in UK.
Walaupun aku baru je habis degree. My first convocation was in August 2010. I need to settle my KPM agreement for at least 5 yrs (since i was under KPM scholarship). By that time, i believe, banyak perkara baru yg akan berlaku dalam hidup aku . Getting married perhaps or having my own children. So, bila dah ada beberapa tanggungjawab lain yang perlu dipukul, mestilah segala benda akan dibuat berdasarkan priority. Yes, my priority rite now is bekerja, kumpul duit n if ada rezeki n diizinkan oleh-Nya buat part time master (but again it depends on where i'll be posted. If JB, bolehlah buat kat UTM. wat if dapat kat pedalaman sarawak, takkan nak wat master kat umah panjang kot.LOL :DD.. Ya Allah , permudahkanlah segala urusanku n semoga aku sentiasa menjadi hamba-Mu yg bersyukur ). Tapi macam mana bila dah ada keluarga sendiri? Mestilah kena dapatkan restu suami, kena fikirkan masa yg akan menjadi lebih sibuk n akan semakin berkurangla ms bersama keluarga. Kalau dapat suami yg memahami tak apa, kalau dapat yg ego tinggi (i degree, u jgn nak lebih dr i) n tak beri kebenaran utk further study mcm mana? Wpun aku belum mendirikan umah tangga, tapi aku percaya priority seorg wanita yang telah berkahwin is keluarga. So, macam mana dengan cita2 yg dipendam sejak sekian lama? Aku belum ada jawapan utk soklan ak sendiri...
Dan lagi satu, org kata kalau dah lama bekerja n tinggalkan dunia kuliah, dunia menulis nota n dunia mendengar lecture (i'm not saying dat bila bekerja xde proses pembelajaran. Of cuz ada, learning is a life-long process. wat i meant is a formal learning process where u hv class to attend, signing attendance, assignment, exam, etc..), bila kamu dah tinggalkan dunia kuliah dalam jangka ms yg agak pnjg, menurut sesetengah org, km akan kurang semangat utk sambung belajar. I dun know.. Tapi aku sentiasa berdoa semoga cita2 aku ni kesampaian, sentiasa diberi semangat utk berjuang n memperbaiki diri , sentiasa diberi sokongan oleh org2 yg terdekat yg aku sayang n last but not least dimurahkan rezeki n dipermudahkan segala urusan. Amin.. Optimis, insha-allah =))
Thursday, November 11, 2010
Teacher , oh teacher...
______________________________________________________________________
Rosli Ab.Ghani, Wednesday, May 19, 2010
Oleh WAHID HASHIM
pendidikan@utusan.com.my
SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 - termasuk beberapa elaun - maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta.
Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan 'mangkuk' Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar.
Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang.
Seperti kata Abraham Lincoln: ''Jangan fikir apa yang negara boleh beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara."
Maksud tokoh itu, jangan seperti seekor burung yang keluar pagi balik petang, sekadar mahu mengisi perut sendiri dan untuk anak-anaknya. Berfikirlah lebih daripada itu. Perjuangan lebih penting.
Jadi, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersemuka dengan ahli kesatuan dan beberapa guru yang terlalu ghairah memperjuangkan nasib guru, maka saya ingin mengingatkan 'kepala-kepala' persatuan dan kesatuan ini supaya bersedia dengan fakta dan hujah yang waras dan logik atau laras senapang mungkin akan menghala ke arah kepala anda sendiri!
Dua isu besar yang selalu dibangkitkan ialah kerja perkeranian nan remeh temeh sehingga menambah beban seorang guru, dan kedua kenaikan gred atau mata gaji yang terlalu lembap oleh guru, apabila dibandingkan dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).
Memang isu yang pertama selalu bermain di bibir, tetapi tidak ada kes, data atau contoh yang boleh dijadikan asas kukuh untuk Kementerian Pelajaran melakukan tindakan susulan.
Kita perlu perhalusi bukti dan fakta. Kalau dikatakan kerja berlebihan, maka kerja lebih yang bagaimana, apa dan di mana? Nyatakan bukti dan skop. Lakukan analisis keperluan atau analisis jurang profesion. Kemukakan kertas lengkap kepada pejabat Menteri Pelajaran.
Apakah berlebihan seandainya seorang guru diminta membuat plan tindakan kecemerlangan pelajar kalau pelan itu boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah sekolah?
Kini sudah terdapat seramai 400,000 guru yang mendidik anak-anak kita di seluruh negara. Dalam setandan, ada sebiji yang rosak. Bukan semua. Kita faham benar dengan kekecewaan guru khususnya apabila isu tentang kenaikan gaji yang lembap disuarakan.
Memang benar kenaikan sebahagian besar gaji memang lembap berbanding PTD. Seorang ibu yang sudah 25 tahun menjadi guru mungkin baru menikmati mata gaji DG48, berbanding anaknya, pegawai PTD yang baru lima tahun berkhidmat sudah menikmati tangga gaji itu.
Untunglah kalangan guru yang cepat naik pangkat, kerana cepat jugalah kenaikan tangga gaji mereka. Bagi yang di bawah Khusus Untuk Penyandang (KUP) atau mengikut tempoh perkhidmatan, maka terpaksalah menunggu sehingga beranak, bercucu dan bercicit.
Tetapi perlulah juga diingatkan bahawa bagi setiap kenaikan gaji, maka ada beban tanggungjawab yang menyusulinya.
Maksudnya, mereka ini mungkin perlu diikat dengan konsep bai'ah. Pengetua dan guru besar mungkin sudah biasa dengan konsep bai'ah, tetapi belum bagi guru.Di bawah konsep bai'ah, pengetua atau guru besar membuat perakuan dan bersetuju bahawa dalam tempoh tiga tahun perlu ada peningkatan prestasi di sekolah mereka mengajar. Jika gagal, mereka mungkin 'dipencenkan' lebih awal.
Sekarang, guru tidak mempunyai komitmen atau akujanji terhadap pencapaian prestasi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka goyang kaki.
Memang kita faham benar akan beban kerja guru dan pada masa yang sama masyarakat menuntut guru melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Namun, kalau kita percaya bahawa perbuatan baik dan kerja yang ikhlas akan dibalas dengan perkara yang baik juga, maka pasti kepentingan perjuangan kita akan mengatasi habuan dunia yang sementara ini.
Click on the image to enlarge it. Aku pun xsure cane nak tengok. So, dun ask me darl~
sihatkah otak2 anda??
________________________________________
Short Neurological Test
1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
2- If you already found the C, now find the 6 below.
9999999999999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999999999999
9999999999996999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999
3 – Now find the N below. It’s a little more difficult.
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMNMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMM
This is NOT a joke. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist. Your brain is great and you’re far from having a close relationship with Alzheimer.
Congratulations!
part 2
eonvrye that can raed this rsaie your hnad.
To my ‘selected’ strange-minded friends:If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with ‘yes’ in the subject line.
Only great minds can read thisThis is weird, but interesting!
If you can raed this, you have a sgtrane mnid too
Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.
I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it.
Wednesday, November 10, 2010
SMK Sri Pantai in memory
A lot of things happened within that period. Mostly happy moments. I would say that. I'm not saying that everything run smoothly but yup, it is one of the best moment in my life. When some of my frens suffered during their LM (Latihan Mengajar), i was doing good. And i believe my partner-in-crime (hehe) was doing great too. A lil bit stress for the first week though but alhamdulillah we managed to go through. I have learned a lot from senior teachers in SMK Sri Pantai on how to be a good teacher or at least to handle a classroom of 40 with thousands of 'peel, ragam n kerenah'.
Practical is serously different from billions of theory u learn in classroom. Theory is too ideal to be applied in the classroom. U might learn the theory of constructivism, pragmatism, Bandura theory etc but how many percent of them u can apply in ur class. I'm not saying that those theories are rubbish. NO~! They are great theories. If they are not, why scholars accept those theories , right?
What i'm trying to say is, when u enter ur classroom for the first time (of cuz as a teacher not a student babes), wat u nid to do is try to be flexible. Don't be too rigid , uphold ur theories in ur heart and not ready for any changes. Dats wat my seniors told me when i asked tips for LM. A gud one thou =)
Billions of thanx to all the teachers there for all the support , knowledge, courage .. for everything especially Kak Liza n Cikgu Rosni. Segala tunjuk ajar kepada saya amat2 dihargai and insha-allah semoga segala tunjuk ajar dapat saya memanfaatkan dalam sekolah saya yg baru nanti. Kepada kaunselor2 sekolah yang banyak memberi sokongan kepada kami (teacher RT, ustaz sabri n ustaz muhaimin), thanx a lot =)
Not forgotten the main role in this story.. 4 Amanah kids. Mereka memang sporting n tak nafikan ada nakalnya. Sedikit nakal itu perlu untuk ceriakan suasana. well, i used to be a naughty student tapi xdelah sampai melebihi batas2 yang sepatutnya. chill .. Tapi mereka semua tak pernahlah buat saya rasa cam nak keluar je dr kelas. Xpernah okay. Tak nafikan gak mereka pelakon yang hebat. Boleh menang anugerah APBH kerana dgn jayanya melakonkan watak student proaktif ms supervisor sy dtg observe. hehe. Anyway, thanx a lot kids~
And d best part is dorang punya farewel party kat Taman Jaya. Serius sgt happening n terharu cuz dapat kad yg besar.Nangis seh ms baca kad tu ;p
We did a lot of fun things on my last day. Main baling2 tepung, baling belon air, makan KFC ramai2 (tanx for ur treat kids), main gitar, posing2 (my fav xtvt,,,hehe), potong coklat cake n suap2 cake (effa suap i okay..wee~), nek LRT ramai2 and boleh plak LRT stuck waktu tu. So, bercampingla kami kat LRT taman jaya..hehe..apa2 pun hari tu memang best !!
Here are some photos taken during those precious moments.





