Showing posts with label Sengal. Show all posts
Showing posts with label Sengal. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Dia Suka Lemang Raya !!

Dia Suka Lemang Raya !

Walaupun selepas raya puasa, walaaupun lemang dah kurang jualannya, dia masih tetap suka. Malah semakin bertambah suka dan telah menjadi kegilaannya kini. Setiap kali buka Inchik Tenet, dia mesti tak melepaskan peluang untuk mencari maklumat tentang kesukaannya itu. Berapa jenis lemang yang ada di dunia, apa kelebihan dan kekurangan setiap satunya, dan di mana boleh dapatkan lemang yang best tapi dengan harga yang murah. Dia sudah menjadi lemang-addict !!

Mungkin tiada siapa yang boleh membantunya untuk menghilangkan ketagihan itu kerana semakin lama perasaan ketagih itu semakin meresap jauh ke dalam sel-sel badan dan neuron-neuron saraf. Semakin dia cuba melupakan ketagihannya itu, semakin kuat keinginnanya terhadap lemang. Parah ! Ya, dia sudah semakin parah !

Yang menjadi masalah sekarang, harga lemang agak mahal ketika ini. Kalau nak diikutkan hati, memang dia mahu rembat je satu kat mana-mana kedai lemang yang ada, tapi masalahnya poket yang tak berapa nak berisi membataskan keinginannya itu. Dia pasrah dalam terpaksa. Tapi, hari-hari dia bertanya khabar tentang Lemang melalui Inchik Tenet dan Inchik Google berkenaan khabarnya di kedai-kedai tempat dia bersemayam. Berkenaan juga harganya yang bila nak turun. Takkan nak tunggu raya tahun depan? Owh, tidak ! Terseksa batin menunggu setahun lagi. Tangannya sudah gatal untuk memegang lemang. Sungguh, dia sudah berada dalam ketagihan yang menggerunkan. Oleh itu, marilah kita sama-sama mendoakan ketagihannya ini sembuh atau pun alternatif yang kedua ialah mendoakan agar harga lemang di pasaran dunia jatuh secara mendadak. Kalaulah kerajaan boleh memberi subsidi untuk pembelian lemang, alangkah bahagianya jiwa raga.

Sebagai kesimpulannya, Dia Suka Lemang Raya !!

P/s 1 : Okay, kali ni entri memang sangat merapu dan merepek. Tapi tak nafikan memang Dia Suka Lemang Raya. Ye, dia sangat suka. Tapi bukan lemang yang guna pulut dan santan masak dalam buluh. Oh, bukan yang itu. Lemang yang dimaksudkan adalah DSLR. Dia Suka Lemang Raya (DSLR). Sudah berminggu-minggu dia menyimpan hasrat untuk memilikinya. Duit tusyen juga sudah diketepikan sedikit dalam tabung DSLR demi mencapai ketagihannya itu. Canon EOS 550D telah menjadi target dan kechentaannya. Mari berangan !! Semoga kemudiannya angan-angan dapat direalisasikan.yeah ~

Owh, kamu sungguh kacak bergaya ;p

p/s 2: Selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam seantero alam semesta =)

Wednesday, December 1, 2010

Min Woo oppa..saranghae ♥♥

Owh, seriusly sangat suke dan sudah jatuh cinta sama Min Woo Oppa. Mesti tak sabar nak tunggu pukul 8.30 malam tiap hari Isnin sampai Jumaat kat 8tv. Pasal apa? Mestila pasal teruja terkinja-kinja nak tengok citer korea 'Oh, My Lady'(OML). Well, for me it is just another typical Korean drama but hey they have gathered cutest gene of human being okay. Hemo hemo~

Kesudahan cerita tu dah boleh predict as usual. Hero wins no matter what it takes but who cares as long as i can see my boyfren everyday, the story line is not a matter anymore. Well, to campare with Ilijimae (3pm. mon-fri.8tv), i would say it is like korea and Malaysia, so contrast. Korea ada snow while we don't have it here.The story line is totally different. As i said just now, OML is a typical story and is really another version of My girl, another version of the successful story of bright girl etc. The heroin comes from the poor background while the hero plays a-perfect-and-a-dream-man-of-every-girl role.Handsome, a romantic guy trapped in egoistic soul. Rich. famous. Girls crazy over them and bla bla bla.

While Ilijimae has a nice storyline. yes, the hero played by Lee Jun Ki (second hero in my girl) is handsome indeed but he is not raised up in the rich family although he used to be rich but due to one incident, he lived like burglar till one day a couple adopted him. Dalam citer ni, heroin dia yang kaya. And for me jalan ceritanya lebih menarik .

okay, back to perasaan terkinja-kinja tadi.5 minit before citer tu start, dah ready ngan bekalan air sebotol (saya penggemar air masak ye. Maka anda2 yang nak belanja saya makan, jgn risau, saya takkan pau anda minuman mahal, hanya air masak tapi import dari Italy. ble gituh? ;p). Pastu amek bantal, landing cantik kat sofa. Bila dah start citer tu, tak ada sapa yang boleh kacau. Barangsiapa yang buat beta murka, padah jawabnya ~! Hemo hemo~


Min woo oppa ♥♥
kekasih baruku..hemo hemo~


Dengan lesung pipit yang dalam, senyuman yang sungguh kacak, kulitnya yang putih licin. Well, i prefer sawo matang for man but he looks perfect by being a light skin man. Hati dub dab du dab bila lihat dia senyum seolah olah dia senyum depan mata. Melt..*Sigh*
gedikz! haha~

Sebelum ni ingatkan Jun Pyo oppa dah cukup handsome mengalahkan semua pelakon2 korea yg memang kacak2 belaka.Tapi bila dah tengok boyfren i berlakon (dan2 je BF ;p), terus i rasa boyfren i memang terpaling hensem. Kalah Tom Cruise, Brad Pitt, Hans Isaac yg menjadi kekasih gelapku selama ini.LOL :DD


Jun pyo oppa..bekas kekaih gelapku yang tak berapa nak gelap.;p


Min woo oppa juga telah menyebabkan hatiku berbelah bagi antara kekasih pertamaku(Chad Michael Murray) atau dia. Walaupun hatiku berat ke arahmu Min Woo oppa, namun, sungguh kutak bisa untuk melupakan chenta hatiku yang pertama Abang Chad Michael Murray. It's hard to forget your first love, okay. harap Min woo oppa faham isi hatiku. Walau bagaimanapun, oppa telah menjadi kecintaanku yang pertama kini. Oleh itu, dengan perasaan penuh sayang dan chenta, ingin ku katakan kepada min woo oppa, saranghae !! Wait for me in korea,, Harus kumpul fulus cepat2 nanti bila dah posting (aish, berangan lagi. haruslah berangan kan. semuanya bermula dari angan2 ape ).Clap clap~


Bekas chenta hatiku yg pertama. Good bye baby. i'm so sorry ;(

p/s : entri ini sangat gedikz kerana Miss chezzy Cake memang sangat2 telah jatuh jantung dan ginjal sama Min Woo oppa. Teheeee T_T

Saturday, July 24, 2010

President suite

Kebelakangan ini, saya semakin rajin menolong ayah saya di hotel yang baru di bina di JB.. Hotel itu terletak di belakang City Square (salah satu mall terbesar dan terfamous di JB). Bagi warga JB yang belum pernah berkunjung ke hotel baru itu, jemputlah singgah okay =)

Hampir saban hari saya akan berkunjung ke sana. Saya melakukan semua perkara bermula dari room cleaning, jadi tukang bancuh air di cafe, receptionist, bell boy..eh salah, sy girl, so bell girl.. semuanya saya lakukan demi mendapatkan ilmu mengurus hotel.. Maklumlah saya bakal pewaris hotel tersebut di samping adik lelaki saya. Jadi, saya rasa bertanggungjawab untuk mempelajarinya sementara masih ada masa dan peluang. Mungkin bagi kalian yang bukan bermastautin di bandaraya Johor Bahru tidak biasa dan tidak pernah mendengar hotel tersebut. Saya juga percaya warga JB sendiri mungkin ada yang belum pernah mendengar hotel saya ini..

Apa?
Nama hotel saya?
Saya belum bagitahu eh?
Eh, eh.. sorry terlupa.. syok sangat bercerita pengalaman saya bekerja di hotel baru ayah saya.
Okay, nama hotel tresebut ialah........
Eh jap2, ada yang da start tanya dalam hati sama ada saya ni anak Datuk, Tan Sri or Tun..
Oh tidak sama sekali ! saya anak orang kebanyakan.. orang biasa yang dikurniakan sedikit rezeki untuk sama2 membantu dan menbangunkan bandaraya JB ini... Saya seperti kalian juga okay =)
So, jangan rasa rendah diri pulak bila baca blog saya.. Tiada beza saya dan kamu ^^


Okay, bagi menunjukkan bukti kepada kamoo semua bahawa saya memang menolong ayah saya di hotelnya, saya sertakan sekali beberapa gambar saya ketika membantu ayag saya di sana.. Enjoy =)




ni saya tolong ayah saya memadam kebakaran kat salah satu bilik hotel


ni plak bilik yang tengah panas..ni salah org wiring okay.. dia terpotong cable aircond.. huh,, xpasal2 menjatuhkan imej hotel saya..huhu

Di samping handal mengemas, memadam kebakaran, saya juga pakar menghalau hantu.. So, kepada sesiapa yang ada masalah dicintai oleh hantu, jangan lupa kontak saya okay =)



Harap anda enjoy dan rasa suka hati melihat foto2 yang sgt fotogenik yang telah diupload oleh orang yang fotogenik... saya tahu kamu semua hepi melihat foto itu.. I'm hepi for u too ~



WHAHAHAHHAAHHAHAHAHAHAHHAHHAHHAHAH~!

p/s : sesiapa yang rasa nak bagi penampar gajah pd sy sila bersabar ye.. sesungguhnya sabar itu separuh dari iman =p.. owh lupa nak cakap nama hotel saya itu 'President Suite' .. Jemput datangla yek .. dekat Jalan hotel city, taman facebook =_='

Anda mungkin juga menchentai ini~